Kereta EV: Utamakan Vendor Tempatan – Afif Badhrulhisham

Naib Presiden BERJASA Afif Badhrulhisham

Puchong – Naib Presiden BERJASA, Afif Badhrulhisham menyokong usaha Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz untuk berbincang dengan pengeluar kereta tempatan, Proton dan Perodua- dalam usaha mempercepatkan pengeluaran kereta elektrik nasional.

Beliau berkata ini masa yang sesuai untuk Malaysia melangkah ke industri kereta elektrik memandangkan Malaysia mempunyai rizab sumber mineral yang banyak dan masih belum diteroka secara keseluruhannya.

Malaysia mempunyai sumber mineral yang mencukupi seperti mangan, kuartza dan nikel yang diperlukan untuk membangunkan komponen bateri kereta elektrik.

Pada beliau, agak rugi bagi kerajaan jika tidak memanfaatkan sumber mineral ini maka kerajaan perlu bertindak bukan sahaja dengan melombong malah perlu berusaha untuk memprosenya kepada komponen teknologi yang bernilai tinggi.

Tambahnya lagi, projek pengeluaran kereta elektrik nasional ini juga perlu mengutamakan vendor-vendor tempatan dan teknologi pengeluaran tempatan.

Kata beliau, “Banyak teknologi-teknologi tempatan telah berjaya dikembangkan dan dibangunkan hasil daripada geran kerajaan namun kurang mendapat perhatian untuk dimanfaatkan oleh syarikat tempatan. Maka, teknologi tempatan itu tidak berkembang dan mati begitu sahaja”.

“Sama juga dengan vendor-vendor tempatan atau syarikat ‘startup’ tempatan. Mereka memerlukan sokongan kerajaan untuk mendapat platform bagi mengembangkan lagi potensi syarikat mereka. Banyak vendor tempatan yang mempunyai potensi untuk berkembang seperti syarikat vendor besar yang lain maka sayang jika mereka dipinggirkan.” jelas beliau lagi.

Terdahulu, perbincangan antara MITI bersama Proton dan Perodua untuk projek pembangunan kereta elektrik adalah dalam usaha untuk menghasilkan kereta elektrik pertama pada 2027 di Malaysia.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ir Lukman Al Hakim BERJASA

Belanjawan 2023 Tiada ‘Faktor Wow’ – Ir Ts Lukman Al Hakim

Next Post
Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan

100 Hari Kerajaan: Lebih Kepada ‘Politiking’ – Fahmi Bazlan

Related Posts