Kes Kematian Anak Di Taska: Trend Membimbangkan?

kes kematian taska

Kes kematian bayi di taska atau rumah pengasuh kini menjadi seolah-olah satu ‘trend’ yang semakin membimbangkan.

Dalam masa yang sama juga keperluan terhadap taska ini seakan tidak boleh dielakkan berikutan statistik kelahiran hidup di Malaysia yang menunjukkan peningkatan daripada tahun 2022 berbanding 2023 iaitu daripada 423,124 kepada 455,761 orang.

Namun demikian persoalan yang sepatutnya timbul ialah adakah bilangan taska dan pengasuh berdaftar ketika ini mencukupi untuk menampungi keperluan ini?

Mengikut statistik Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) sehingga April 2023, 3005 buah taska telah berdaftar dengan JKM manakala 1080 lagi dikesan masih tidak berdaftar setakat Disember 2022.

Ketua Pemudi BERJASA, Azliza Rajiain telah membangkitkan sama ada taska yang berdaftar ini mencukupi untuk menampung permintaan daripada para ibu bapa sekarang.

Beliau tidak menolak kemungkinan tragedi kematian yang melibatkan bayi di taska berpunca daripada kecuaian pengasuh yang tidak berkelayakan ataupun taska tersebut tidak berdaftar di bawah JKM.

Boleh juga isu ini terjadi akibat kurangnya pengasuh dibandingkan dengan nisbah bayi atau kanak-kanak yang menyebabkan kecuaian mudah berlaku di taska.

Kerajaan Seharusnya Tegas Dalam Mengatasi Kes Kematikan Bayi Di Taska

Kerajaan sewajarnya mengambil langkah yang lebih agresif dalam menyiasat isu ini agar ia tidak berulang lagi.

Sekiranya kerajaan atau jabatan mengambil langkah menyita atau menutup premis taska yang terlibat atau yang tidak berdaftar, perkara ini masih belum menyelesaikan permasalahan utama.

Ibu bapa mungkin akan beralih ke taska yang lain dan murid akan bertambah dalam keadaan pengasuh yang tidak mencukupi.

Maka kemungkinan besar kejadian yang serupa juga akan berulang dan masalah ini tidak akan selesai sampai bila-bila.

Oleh hal yang demikian, beliau yang mewakili Pemudi BERJASA menyeru kerajaan agar serius dalam membantu pengusaha taska dalam menyediakan tenaga kerja yang cukup bagi mengurangkan risiko kepada anak-anak jagaan.

Mungkin cadangan yang boleh dipertimbangkan ialah dengan menyediakan tenaga pengasuh terlatih dan disalurkan kepada taska-taska yang berdaftar di bawah jabatan.

Cadangan lain yang boleh dipertimbangkan ialah subsidi atau elaun bersasar kepada taska yang layak juga antara langkah yang dicadangkan supaya pengambilan tenaga pengasuh dapat ditingkatkan selaras dengan gaji progresif yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
bekalan beras negara

Masalah Bekalan Beras Negara Masih Belum Selesai

Next Post
sandwic ham

Isu Sandwic ‘Ham’: Mudah Tercuit Atau Bermudah-Mudah?

Related Posts