MARS1000: Cip AI Pertama Malaysia, Teknologi AI Di Malaysia Sedia Berkembang

teknologi ai di malaysia

Teknologi AI di Malaysia dilihat mula menampakkan potensi untuk berkembang jauh apabila Malaysia akhirnya berjaya mencipta cip AI sendiri yang dinamakan MARS1000.

Selain daripada tarikannya yang merupakan cip AI buatan tempatan, teknologi yang dibangunkan oleh cip ini juga begitu canggih kerana menggunakan 7-nanometer yang turut digunakan oleh cip global lain ciptaan syarikat.

Hal ini menunjukkan bahawa Malaysia juga mempunyai keupayaan untuk berdiri setanding dengan negara maju lain seperti Amerika Syarikat dan China yang mana kedua-dua buah negara ini sedang rancak berada di dalam fasa membangunkan teknologi AI yang lebih canggih.

Amerika Syarikat dengan syarikat Nvidia manakala China pula cuba untuk membangunkan cip AI sendiri walaupun berdepan tekanan sekatan teknologi daripada Amerika Syarikat.

Apakah Kelebihan Cip AI MARS1000?

MARS1000 ialah cip yang membolehkan teknologi AI berfungsi terus pada peranti itu sendiri tanpa perlu disambungkan ke internet atau dihantar ke pelayan awanan (cloud server) untuk pemprosesan.

Cip ini akan memastikan data syarikat yang menggunakan teknologi MARS1000 akan lebih selamat dan boleh digunakan untuk pelbagai industri seperti robotik, analisa video pintar, bandar pintar dan juga AI generatif.

Hal ini tidak mustahil untuk Malaysia dapat maju lebih jauh di dalam industri pertanian pintar, bandar pintar, trafik pintar dan bandar selamat seterusnya meletakkan inovasi Malaysia di pentas AI global.

Bertambah menariknya ialah pengeluar cip AI MARS1000 ini iaitu syarikat rekaan konduktor tempatan, SkyeChip Sdn. Bhd turut memperkenalkan EdgeMind iaitu sebuah sistem automasi AI yang direka khas untuk membantu industri pengeluaran dan pertanian yang dibangunkan dengan kerjasama Elliance Sdn. Bhd.

Malaysia Berpotensi Besar Untuk Maju Dalam Teknologi AI

Penciptaan MARS1000 sudah mula mengorak langkah ke arah mencipta dan bukan sekadar ingin mengekalkan posisi sebagai negara pengguna sahaja.

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif memuji usaha syarikat tempatan mencipta MARS1000 ini yang mana ia menunjukkan Malaysia sudah pun bersedia menjadi negara maju dalam industri AI.

Penciptaan MARS1000 ini tepat di kala dunia kini sedang khuatir dengan perang AI antara Amerika Syarikat dan China.

Ramai pihak yang melihat keadaan ini akan merugikan Malaysia kerana timbul dakwaan yang mengatakan Malaysia dijadikan sebagai transit oleh China untuk menguji atau melatih data AI menggunakan cip buatan Nvidia sebelum membawa masuk hasil ujian data ke China.

Mohd Hamdan Mohd Sharif berpandangan bahawa Malaysia sewajarnya menjadi contoh kepada negara membangun yang lain terutamanya negara-negara Islam untuk lebih ke hadapan dalam penciptaan cip AI.

Penggunaan AI di Malaysia sedang berkembang pesat dan memainkan peranan penting dalam pelbagai sektor.

Dengan sokongan kerajaan melalui dasar dan inisiatif yang proaktif, Malaysia berada di landasan yang betul untuk menjadi pemain utama dalam ekosistem AI serantau.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Townhall KITA: Cakna Kesihatan Mental Anak Muda – Seruan Pemudi BERJASA

Next Post
ruu perolehan kerajaan 2025

RUU Perolehan Kerajaan 2025: BERJASA Bantah Kuasa Luas Diberikan Pada Menteri Kewangan

Related Posts