Pengundi Melayu Lebih Pragmatik Berbanding Pengundi Cina – Tun Faisal

pengundi Melayu

PUTRAJAYA – Dakwaan yang mengatakan pengundi Melayu masih membuat keputusan ke belakang dengan lebih mengutamakan sentimen berbanding kredibiliti adalah dakwaan kosong dan tidak berasas. Pengundi Melayu sebenarnya lebih pragmatik dan dinamik berbanding pengundi Cina yang lebih bersifat dogmatik.

Demikian kenyataan tegas yang dikeluarkan oleh bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz yang membidas kenyataan Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan mengenai pengundi Melayu yang masih di takuk lama ketika membuat pilihan untuk mengundi. Ia seakan ingin menggambarkan pengundi Melayu ini terlalu ‘rigid‘ atau fanatik.

Mengambil contoh Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu (PRK KKB), pengundi Cina lebih bersifat fanatik yang mana pengundi Cina mengundi calon DAP bukan berdasarkan merit prestasi kerajaan PH-BN sebaliknya berdasarkan sentimen dan ideologi. Berbanding dengan kaum Melayu, undi mereka bersifat berubah-ubah mengikut trend apatah lagi di dalam PRK KKB ini undi Melayu terhadap calon DAP juga membantu terutamanya daripada kumpulan penjawat awam.

“Pengundi DAP dan Pakatan Harapan tidak pernah mengundi kerana merit, tetapi kerana sentimen dan ideologi. Sebagai bukti – MCA jauh lebih berjasa berbanding DAP terhadap kaum Cina sejak sebelum kemerdekaan lagi. Tetapi kenapa pengundi kaum DAP menolak MCA dan mengundi DAP?

“Seperti yang disebutkan oleh Presiden MCA, DS Wee Ka Siong – kerana MCA enggan memainkan sentimen perkauman, sentimen Islamofobia dan agenda Malaysian Malaysia seperti yang dimainkan oleh pemimpin DAP”, tegas beliau.

Tambah beliau, bukti ini dapat dilihat melalui kuatnya sentimen perkauman yang dimainkan oleh DAP apabila Lim Kit Siang telah memperkenalkan istilah Gelombang Hijau dan ditambah lagi oleh kenyataan Lim Guan Eng yang mengatakan Gelombang Hijau ini akan meruntuhkan rumah ibadat orang bukan Islam. Tony Pua pula menghebahkan bahawa pimpinan ahli politik Melayu adalah korup. Hairannya, mereka ini langsung tidak dikenakan dengana hukuman melibatkan 3R.

Pengundi Cina tidak membuat pilihan mengundi berdasarkan rasional namun ia lebih kepada sentimen. Dato’ Seri Najib Razak dahulu ditolak bukan kerana polisinya namun berpunca daripada hasutan dan pembohongan pembangkang waktu itu terhadap peribadinya. Jika ingin diikutkan polisi beliau dengan Perdana Menteri sekarang, ibarat langit dan bumi lebih-lebih lagi dalam soal ekonomi negara.

Jika ingin mengatakan mereka menolak Dato’ Seri Najib Razak atas faktor salah laku rasuah, ia satu dakwaan yang silap kerana mereka lebih sanggup memilih PH-BN yang bersekongkol dengan Dato’ Seri Ahmad Zahid yang memiliki 47 pertuduhan prima facie kes rasuah dan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Jelasnya mereka bukan mengundi kerana menentang rasuah dan perasuah, malah mereka sanggup berkompromi dengan pihak yang dikaitkan dengan rasuah, demi kuasa dan ketakutan kepada ‘Gelombang Hijau’ (dibaca Islamofobia).

Terdahulu, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan di dalam segmen Keluar Sekejap mengatakan bahawa pengundi Melayu sebagai dogmatik iaitu membuat pilihan dengan satu arah sahaja tanpa mengira faktor lain. Kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka ini ketika membincangkan senario PRK KKB yang berlangsung baru-baru ini.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
rawatan

10% Rakyat Malaysia Tidak Dapat Rawatan Atas Faktor Kewangan

Next Post
subsidi

Pelaksanaan Pelan Rasionalisasi Subsidi Tidak Jelas

Related Posts