Laporan daripada Wall Street Journal (WSJ) melaporkan bahawa empat orang jurutera daripada China terbang daripada Beijing ke Malaysia dengan membawa 15 cakera keras (hard disk) dengan kapasiti keseluruhan sebanyak 80 TB. Tujuan empat jurutera China ini adalah untuk melatih model AI di pusat data Malaysia yang bertempat di Kuala Lumpur memandangkan 300 cip Nvidia boleh didapatkan tanpa halangan di Malaysia.
Hal ini perlu diketahui bahawa Amerika Syarikat (AS) telah mengenakan larangan cip AI berprestasi tinggi ke China sejak 2022 maka syarikat-syarikat China menghadapi sekatan yang amat sukar untuk mendapatkan cip ini di dalam negara mereka.
Maka mereka cuba mencari cara dengan menggunakan data dan latih model menggunakan cip daripada AS di luar negara kemudian pulang kembali ke China setelah model tersebut sudah siap.
Dalam isu ini, jurutera China telah menghabiskan lebih lapan minggu bagi mengoptimum algoritma dan data. Hal ini dibuat bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan kepada sambungan internet yang lambat atau halangan teknikal.
Maka ia sudah pun menjawab mengapa jurutera ini tidak memindahkan data mereka melalui perisian cloud ataupun menggunakan “software“.
Bukan itu sahaja malahan langkah ini turut melibatkan warga Malaysia apabila syarikat China ini menubuhkan entiti di Malaysia dengan melantik pengarah syarikat terdiri daripada warga Malaysia untuk mengurangkan risiko kecurigaan.
Selepas selesainya proses latihan model AI menggunakan cip Nvidia ini, mereka membawa beratus gigabait (GB) termasuk parameter yang menyusun output AI tanpa membawa cip Nvidia itu ke China.
Pusat Data Malaysia Menjadi Destinasi Syarikat China
Pusat data Malaysia dan negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Singapura sudah memiliki hampir 2,000 MW kapasiti pusat data setanding dengan dengan pusat data di Eropah seperti di London dan Frankfurt.
Selain Malaysia, Arab Saudi, Qatar dan UAE turut menjadi destinasi latihan AI bagai syarikat China memandangkan cip canggih yang ingin digunakan oleh China tidak disekat oleh AS di negara-negara tersebut.
Sewaktu pentadbiran Biden, AS telah mencadangkan agar wujudnya had khusus negara bagi pembelian cip AS di luar negara bagi menyekat China daripada memilikinya namun perlantikan Donald Trump sebagai Presiden AS telah membatalkan cadangan ini kerana berpendapat ia akan menyusahkan pembuat cip seperti Nvidia.
Sebaliknya, pihak AS hanya mengeluarkan panduan supaya syarikat di luar AS memastikan agar teknologi mereka tidak digunakan untuk membangunkan AI di China.
Malaysia Berisiko Dikekanakan Tarif Tinggi Oleh AS
Malaysia dikhuatiri dikenakan tarif eksport yang tinggi oleh AS kerana didakwa membantu syarikat China untuk membangunkan teknologi AI mereka bersandarkan kes ini.
Namun begitu, hal ini akan dikuatkuasakan untuk dikenakan kepada Malaysia kecuali didapati Malaysia secara rasmi membantu China untuk mengelakkan sekatan mendapatkan cip daripada AS.
Jika kerajaan AS dan agensi sekuriti seperti Bureau of Industry and Security – BIS mendapat bukti rasmi bahawa Malaysia secara aktif membantu pemintasan sekaran eksport cip AI milik AS dan gagal mengambil tindakan walaupun telah dimaklumkan maka mungkin AS akan mengenakan sekatan bersasar ke atas syarikat Malaysia yang tertentu seperti pusat data contohnya.
Paling merisaukan adalah AS akan mengenakan sekatan pelaburan dalam sektor teknologi di Malaysia.
Perkara ini perlu dipandang secara serius oleh kerajaan memandangkan AS pernah mengajukan amaran kepada UAE dan Singapura berhubung eskport semula teknologi AS kepada entiti China.
Sekiranya trend ini berulang dan Malaysia menjadi lokasi utama latihan AI China dengan cip AS, ia boleh dianggap sebagai sokongan tidak langsung kepada pesaing strategik AS maka dikhuatiri AS akan mengenakan kawalan tambahan terhadap pengeksport cip dan teknologi ke Malaysia.
Malaysia sememangnya dikenali sebagai rakan dagang utama kepada AS dan AS juga merupakan antara pelabur utama dalam sektor elektrik dan elektronik Malaysia.
Tarif menyeluruh akan menjejaskan syarikat AS sendiri yang beroperasi di Malaysia seperti Intel dan Texas Instruments maka hampir mustahil sekatan atau tarif tinggi akan dikenakan kepada Malaysia.
Namun kerajaan tidak sepatutnya mengambil mudah langkah ini dan perlu memastikan trend ini tidak berulang lagi.