Isu Letupan Paip Gas: Ancaman kepada Kedaulatan Negara

SHAH ALAM – Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif menegaskan bahawa isu letupan paip gas tidak boleh dipandang remeh, terutama apabila ia melibatkan aspek kedaulatan dan keterjaminan sumber negara melalui rangkaian aset-aset strategik negara.

Menurut beliau, sebarang gangguan terhadap sumber tenaga nasional adalah kritikal kepada kelangsungan kedaulatan negara. Bekalan gas yang disalurkan melalui rangkaian yang amat besar dan luas ke seluruh Semenanjung Malaysia membawa bekalan sumber tenaga memainkan peranan penting dalam operasi pelbagai sektor dan industri termasuk keperluan sektor kritikal seperti sektor bekalan Elektrik, Kesihatan, hospital – hospital, perkilangan bernilai tinggi, dan keselamatan negara.

Beliau turut memberi amaran bahawa pencerobohan terhadap kawasan larangan, terutama yang digazetkan di bawah Akta 298 Undang-Undang Negara, merupakan satu perkara yang amat serius. Malah, pencerobohan terhadap aset strategik negara memerlukan tindakan tegas bagi memastikan fungsinya tidak terjejas.

“Kini, satu persatu infrastruktur dan aset sumber negara terancam, malah ada yang telah terlepas dan dileburkan kepada pihak lain. Baik dari segi infrastruktur mahupun kawalan ke atasnya, seperti lapangan terbang. Kita jangan lupa perancangan semasa Kerajaan Madani yang menjual saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang membolehkan penguasaan entiti berkaitan BlackRock ke atas 38 aset strategik negara. Selepas ni apa lagi?,” katanya.

Tambahnya lagi, kerajaan juga merancang untuk memecahkan penguasaan Petronas dan Gas Malaysia ke atas sumber gas negara, termasuk rangkaian aset yang berkaitan. Hal ini menimbulkan kebimbangan bahawa entiti asing seperti BlackRock atau rangkaiannya boleh menguasai aset strategik negara dengan mudah, terutama apabila ada ahli politik yang tidak lagi berjiwa untuk rakyat dan kedaulatan negara.

Sehubungan itu, Mohd Hamdan menyeru pihak berkuasa agar mengambil tindakan tegas terhadap ancaman ini bagi memastikan aset strategik negara kekal di bawah kawalan Malaysia demi kepentingan rakyat dan masa depan negara.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lencana Jalur Gemilang Pupuk patriotisme?

Next Post

Nama Kontraktor Kes Kebakaran Dilindungi?

Related Posts