Malaysia Perlu Mengupayakan Unsur Nadir Bumi

Bangi – Unsur nadir bumi atau Rare Earth Elements (REE) boleh dijumpai di seluruh dunia terutamanya di China, Australia, India, dan Vietnam. Unsur nadir bumi ini sangat bernilai dan mempunyai permintaan tinggi dalam bidang teknologi.

Setiap komponen kereta dan juga telefon pintar memerlukan unsur nadir bumi dalam penghasilannya.

Hal ini menjadikan ia bukan sahaja mampu menghasilkan produk teknologi malah mampu memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi sesebuah negara.

Bumi Malaysia juga mempunyai sumber unsur nadir bumi yang bukan radioaktif.

Menurut The US Geological Survey (USGS), dianggarkan sebanyak 30,000 tan metrik bijih unsur nadir bumi boleh di temui di Semenanjung Malaysia.

Walaupun jumlah ini tidak mencapai satu peratus (1%) daripada jumlah keseluruhan unsur nadir bumi yang ada di dunia, jumlah ini sebenarnya lebih daripada cukup untuk menjadikan Malaysia pemain terbesar industri mineral dalam membekal unsur nadir bumi ke negara luar. Hal ini boleh menarik pelabur luar dan membantu membina hagemoni Malaysia dalam ekonomi.

China telah mendominasi lebih daripada 90% pengeluaran daripada proses hasil unsur nadhir bumi dunia.

Dominasi ini mungkin agak sukar untuk kita tundukkan, namun kita boleh berusaha untuk tidak bergantung kepada negara lain bagi memproses unsur nadhir bumi.

Kita mempunyai pakar dan sokongan padu kerajaan bagi membina satu kerangka bersepadu untuk memproses sendiri unsur nadir bumi sekaligus mampu menghasilkan produk hasil unsur nadir bumi dari sumber tempatan. Hal ini boleh mengeluarkan Malaysia sebagai negara pengguna dan sudah mampu menjadi negara pengeluar.

Tidak menyangkal kewujudan Kerangka Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030 yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri ke-9, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada April 2021 untuk mengetengahkan unsur nadir bumi sebagai salah satu usaha dan pelan bagi memberi impak positif kepada ekonomi negara.

Namun, setelah pertukaran kerajaan pelan ini masih lagi kabur.

Hal ini ditambah lagi dengan aktiviti menduri unsur nadir bumi di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik, Kedah dan Hutan Simpan Ulu Jelai, Pahang pada tahun 2023.

Kerugian yang besar buat negara, sedangkan hasil kecurian mungkin mampu menampung Belanjawan 2023.

Justeru, pihak kerajaan perlulah laksanakan dasar-dasar yang lebih komprehensif bagi aktiviti perlombongan yang selamat dan lestari dengan kadar segera.

Pihak penguasa tempatan dan pakar-pakar industri mahupun akademik perlu bekerjasama dalam mengupayakan sumber unsur nadir bumi ini agar kita tidak putih mata.

Hasil bumi ini biarlah ia dinikmati oleh rakyat kita sendiri dan bukannya orang luar.

Basyirah Yasin

NASTRACOM

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Gelombang BERJASA mahupun parti BERJASA.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan

Isu Kalimah Allah: Kerajaan Jangan Hanya Diam Membisu – Fahmi Bazlan

Next Post

Mengapa Nilai Ringgit naik & Turun?

Related Posts