Malangnya Malaysia: Kerajaan Lemah, Ringgit Pun Lemah

Ketidaktentuan ekonomi di Malaysia dilihat semakin kritikal apabila Ringgit terus melemah berbanding dollar Amerika Syarikat untuk tempoh 24 tahun.

Ringgit telah menunjukkan penurunan prestasi nilainya bermula tahun lepas lagi dan kini walaupun sudah beralih kepada kerajaan yang baru ia masih belum mampu menguatkan nilai Ringgit.

Ironinya, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli secara terang-terangannya menjelaskan bahawa penurunan nilai Ringgit juga ada kebaikan untuk ekonomi negara sedangkan sewaktu menjadi pembangkang dahulu beliau dengan lantang mengatakan kerajaan itu tidak kompeten apabila menyebabkan nilai Ringgit jatuh.

Sedarkah Rafizi bahawa kelemahan Ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berpotensi memberi risiko peningkatan semula kepada inflasi kerana memberi kesan kepada kos input import yang lebih tinggi.

Profesor Adjung Tun Ahmad Sarji School of Goverment and Public Services (TASSGPS) Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Dr Zulkiply Omar, berkata kelemahan ringgit dijangka menyumbang kepada peningkatan inflasi berikutan inflasi import

Apabila inflasi kembali meningkat di Malaysia, tidak mustahil untuk Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) kerana setakat ini itu sahaja satu-satunya cara untuk mengawal inflasi di Malaysia.

Maka malang sungguh rakyat Malaysia. Sudahlah berdepan dengan kenaikan harga barangan pengguna akibat peniaga memindahkan beban kos kepada pengguna, mereka dalam masa yang sama juga mungkin atau bakal berdepan dengan kenaikan OPR.

Kerajaan sepatutnya sedar bahawa permainan politik mereka sebenarnya yang telah menyumbang kepada kemerosotan nilai Ringgit.

Kerajaan seakan tidak mampu menyerap tekanan politik daripada pihak pembangkang yang mengkritik tindakan bodoh kerajaan dalam beberapa isu seperti penarikan rayuan penggunaan kalimah Allah, kenaikan tarif dan pengecualian subsidi yang berpandukan kepada pengkelasan pendapatan yang langsung tidak jelas.

Kesannya, pelabur-pelabur mula berasa ‘tidak selamat’ untuk menyimpan pelaburan mereka di Malaysia dan memindahkan pelaburan mereka ke luar negara dengan menjual mata wang Ringgit di pasaran mata wang dunia.

Dalam hukum ekonomi, penjualan mata wang di dalam pasaran akan merendahkan nilai mata wang tersebut dan ia akan menaikkan nilai mata wang yang telah dibeli oleh pelabur.

Kerajaan sekarang seakan sudah mati akal untuk menguruskan ekonomi.

Kini, wujudnya ura-ura untuk berlakunya rombakan kabinet kerajaan dan ini menampakkan kerajaan di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat goyah.

Pena

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Gelombang BERJASA dan parti BERJASA.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ketua Pemudi BERJASA, Azliza Rajiain

Kurang Minat Sambung Belajar: Sediakan solusi Jangka Panjang, Bukan Pendek

Next Post
Pemuda BERJASA, Isma Aiman

Pelajar Praktikal Tiada Elaun: Mengapa Lama Untuk Diambil Tindakan Penyelesaian?

Related Posts