Unit Beruniform Bela Pembuli?

Kematian tragis Prebet Muhammad Muqriz Azim Mustakim, anggota muda Tentera Darat Malaysia (TDM), sekali lagi mencetuskan persoalan yang sudah lama membarah: sampai bila budaya ‘bela sesama sendiri’ dalam pasukan beruniform akan berakhir?

Laporan bedah siasat mengesahkan punca kematian sebagai “trauma tumpul pada bahagian dada”, bukan kerana sakit biasa, bukan kerana takdir semata-mata — tetapi kerana keganasan fizikal, dan paling mendukacitakan, dipercayai berlaku dalam kem sendiri.

Selama ini, rakyat diminta menghormati dan menyanjung institusi beruniform sebagai simbol kedaulatan dan keselamatan negara. Tetapi bagaimana mahu terus hormat, jika institusi yang sama dilihat tidak tegas menyiasat atau menghukum perlakuan kejam dari dalam? Jika benar wujud penderaan atau buli, siapa yang sedang dilindungi? Mangsa atau pelaku?

Sampai bila kita mahu biarkan ‘uniform’ jadi lesen melindungi pembuli? Sampai bila nyawa anak muda mahu jadi korban senyap demi menjaga imej institusi? Soalan ini bukan untuk melemahkan, tetapi untuk menyelamatkan. Jika kita gagal bertindak tegas hari ini, esok akan ada lagi Muhammad Muqriz yang lain — dan ketika itu, siapa pula yang akan dipersalahkan?

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

kartel penyewaan tayar lori : Menteri Pengangkutan Berdiam Diri?

Next Post

Turun mengundi, Pilih Calon Muslim Wibawa

Related Posts