Sekolah Vernakular Menghalang Perpaduan Nasional?

Kewujudan sekolah vernakular terbukti menghalang perpaduan nasional kerana sistem ini telah menentang secara sistematis amalan perpaduan negara.

Semasa sesi pertama persekolahan pada 17 Februari 2025/2026, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (SJKC) Kong Aik, Mata Ayer, di Arau merekodkan tiada kemasukan murid berbangsa Cina di sekolah tersebut.

Hal ini merupakan suatu masalah besar, di mana ibubapa sudah tidak lagi menjadikan sekolah kebangsaan sebagai pilihan utama malah menjadikan sekolah vernakular semakin popular dalam kalangan sesetengah orang Melayu dan bukan Melayu.

Kerajaan perlu beri penumpuan khusus tentang perkara ini supaya isu perpaduan antara kaum dapat diperkukuhkan dalam kalangan bangsa berbilang kaum di Malaysia.

Matlamat Utama pendidikan

Menurut, Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, pendidikan yang diperkenalkan di sekolah vernakular tidak sepenuhnya bersifat kebangsaan.

Menurutnya lagi, sepatutnya sekolah vernakular menjunjung sepenuhnya Akta Perlembagaan 1971 yang mana bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa utama di institusi tersebut.

Namun, malangnya sekolah vernakular ini menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar, bukannya bahasa kebangsaan, yang mana dianggap menyekat interaksi antara kaum dan melemahkan semangat perpaduan yang seharusnya dikukuhkan melalui pendidikan.

Matlamat utama pendidikan adalah untuk mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu dan harmoni. Namun, dengan kurangnya interaksi antara kaum akibat penggunaan bahasa ibunda, usaha membina perpaduan nasional tergendala.

Usaha Ke arah Sekolah Satu Aliran

Usaha ke arah sekolah satu aliran perlu dilaksanakan secara kolektif agar masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini memahami erti perpaduan yang sebenar.

Melalui sekolah satu aliran, bahasa kebangsaan dijadikan medium komunikasi utama untuk menyemai cintakan negara dan rasa tanggungjawab terhadap negara sepenuh hati sebagai rakyat.

Usaha yang bersifat jangka panjang ini perlu dilaksanakan secara berperingkat dan konsisten serta perlu dimulai dengan pemerkasaan bahasa kebangsaan di semua sekolah vernakular demi melahirkan generasi yang bersatu padu.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
paycut mo

Dasar Pewartaan Baharu: Pakar Perubatan Tiada Gaji Bermaruah?

Next Post
Lim Guan Eng

akta Antidiskriminasi Kaum: Petanda Usaha Menghapus Hak Bumiputera & Islam sedang Berjalan?

Related Posts