Sindiket Pemalsuan Dokumen: Punca Mudahnya Warga Asing Masuk Malaysia?

warga asing

Terbongkar insiden seorang penguatkuasa terlibat dalam aktiviti pemalsuan dokumen di KLIA, di mana rakan setugas kepada penguatkuasa tersebut menemui 12 pasport pelbagai negara diselit di bahagian pinggang seluar penguatkuasa itu ketika tertidur di tempat kerja.

Isu ini mendapat perhatian serius daripada agensi keselamatan dan imigresen, kemungkinan kegiatan rasuah dan sindiket pemalsuan pasport menjadi punca mudahnya warga asing masuk ke Malaysia dan berpotensi mengancam kestabilan dan keselamatan negara.

‘Kaunter Khas’ Sebagai Modus Operandi Sindiket

Menurut sumber, sindiket akan berurusan dengan penguatkuasa yang telah diberi rasuah di ‘kaunter khas’ untuk memudahkan proses kemasukan warga asing tanpa permit yang sah. Penguatkuasa terbabit akan berurusan dengan sindiket menerusi aplikasi whatsapp dengan menggunakan kod nama khas mengikut kewarganegaraan warga asing untuk urusan di ‘kaunter khas’.

Tambah sumber, pegawai penguatkuasa di KLIA Terminal 1 dan Terminal 2 akan menerima senarai nama serta gambar pasport kumpulan warga asing menerusi aplikasi Whatsapp daripada sindiket sebelum tiba di negara ini.

Sebaik sahaja kumpulan warga asing tersebut sampai, mereka akan diarahkan ke ‘kaunter khas’ untuk mendapatkan pelepasan keluar dengan mudah dan akan diambil oleh sindiket terbabit ke destinasi yang telah ditetapkan.

Hukuman Setimpal Kepada Sindiket Pemalsuan Dokumen

Isu kumpulan sindiket ini bagaikan tiada kesudahan kerana saban hari ada sahaja isu pelbagai sindiket seperti sindiket warga asing, penyeludupan emas dan sebagainya berlaku di KLIA. Adakah kerajaan dan pihak penguatkuasa sudah secara tegas mengenakan hukuman kepada kumpulan sindiket ini atau hanya menunding jari kepada penerima rasuah?

Hukuman yang setimpal harus dikaji dan dikenakan kepada sindiket pemalsuan dokumen supaya mereka merasakan sukar untuk meneruskan ‘kegiatan’ mereka di negara ini. Selain itu, pihak penguatkuasa perlu juga membanteras isu rasuah dalam kalangan pegawai penguatkuasa dengan memberi hukuman tatatertib yang lebih berat, bukan sekadar menukar mereka ke jabatan lain.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
hala tuju gas asli

Pelan Hala Tuju Gas Asli: Potensi Mengancam Kedaulatan Ekonomi Negara?

Next Post

Sarawak Diminta Bekalkan Elektrik ke Filipina: Kepentingan Rakyat Malaysia Diketepikan?

Related Posts