Krisis Kebertanggungjawaban Ahli Politik, Rakyat Merana

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dengan tegas berkata, “tiada bukti berlakunya penukaran label beras putih tempatan kepada import dalam Operasi Beras Putih yang dijalankan di seluruh negara”.

Katanya lagi, operasi ini telah dijalankan bermula pada 17 Julai 2023 lalu melibatkan sebanyak 500 pemeriksaan di peringkat kilang, pemborong, dan peruncit di seluruh negara menunjukan tiada bukti kukuh terhadap dakwaan berlaku penukaran label beras tempatan kepada import.

Benarkah Tiada Bukti Beras Putih Tempatan Dicampur Dalam Beras Import?

Pegawai Penyelidik Kanan Biologikal Sains (genetik) Pusat Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Mohd Syahril Firdaus Ab Razak menokhtahkan spekulasi ini berdasarkan hasil daripada 5,000 sampel yang diambil sekitar 40 hingga 50 peratus beras import disahkan bercampur dengan beras putih tempatan.

Menurutnya lagi, kajian ini telah dijalankan sepanjang tahun 2023 dan 2024 dengan menggunakan teknologi pengcapjarian asid deoksiribonukleik (DNA) Beras Putih Tempatan yang mampu mengesan vareti dan sumber asal beras dengan bukti saintifik.

Dimanakah Kebertanggungjawaban Ahli Politik Dalam Isu Ini?

Kebimbangan rakyat semakin memuncak apabila isu ini terus berlarutan tanpa penyelesaian yang jelas daripada pihak berkuasa. Walaupun pelbagai janji telah ditaburkan, tindakan konkrit masih belum kelihatan, menimbulkan persoalan mengenai kebertanggungjawaban ahli politik dalam menangani masalah yang semakin meruncing ini. Hal ini menggambarkan juga ketiadaan kredibiliti sebagai seorang wakil rakyat yang kelihatan tidak benar-benar serius dalam menyelesaikan isu rakyat.

Adakah ini sekadar retorik politik, atau wujud usaha sebenar untuk mencari penyelesaian jangka panjang?

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pegawai Imigresen Ditahan dengan 12 Pasport: Adakah Integriti Hanya Sekadar Laungan?

Next Post

Akta Pembaharuan Semula Bandar: Agenda Pengusiran Yang Terancang?

Related Posts