Akta Pembaharuan Semula Bandar: Agenda Pengusiran Yang Terancang?

Sebelum ini pada tahun 2022, usaha ni juga giat dijalankan KPKT melalui kajian keperluan untuk menggubal akta khusus pembaharuan semula bandar dengan objektif yang sama yakni untuk mengatasi isu flat yang usang di bandar sekaligus membendung kesukaran yang wujud apabila proses pengambilan tanah ingin dilakukan untuk melaksanakan pembangunan baru.

Melalui akta ini, adanya peruntukan yang dikhuatiri mewujudkan kapitalis monopoli yang mana syarikat pemaju boleh memperoleh keuntungan jangka masa panjang berbanding pemilik asal. Ini terbukti melalui cadangan Nga Kor Ming agar ambang persetujuan diturunkan kepada 80 peratus untuk bangunan di bawah umur 30 tahun, 75 peratus untuk bangunan berusia lebih 30 tahun, dan 51 peratus untuk hartanah tidak selamat atau terbiar.

Persoalan yang timbul adalah sejauh mana penggubalan akta ini tidak merisikokan nasib penduduk sedia ada dan bagaimanakah ia akan memberi kesan jangka masa panjang kepada demografi kependudukan sekaligus kuasa politik orang Melayu?

Memberi kepentingan kepada pemaju melebihi pemilik

Peruntukan ini dibimbangi boleh mendatangkan impak buruk kepada majoriti pemilik yang tidak bersetuju dengan tawaran yang diberikan. Pengambilan tanah akhirnya boleh berlaku secara besar-besaran kerana persetujuan yang minima sahaja diperlukan oleh pemilik dan besarnya pengaruh kapitalis monopoli terhadap dasar kerajaan.

Impak lain yang dijangka boleh berlaku setelah akta ini diluluskan adalah proses pembangunan kawasan tersebut akan bermula dan jangkaan harga rumah yang sebelum ini boleh dimiliki dengan RM100,000 tidak lagi mampu dibeli oleh penduduk akibat harga yang tinggi sehinggakan memaksa mereka tiada lagi pilihan melainkan untuk keluar dari kawasan tersebut. Ini juga menyebabkan wujudnya gentrifikasi yakni perubahan demografi yang berlaku apabila kawasan lama yang didiami oleh orang Melayu diubah menjadi kawasan komersial.

Agenda terancang demi keuntungan politik?

Kenyataan Nga Kor Ming sebelum ini; “Tanpa penggubalan Akta Pembaharuan Semula Bandar, kerajaan perlu mendapatkan persetujuan sepenuhnya daripada penduduk jika ingin membangunkan semula sebuah bangunan yang usang dan daif” menunjukkan kerajaan sebenarnya ingin berkuasa penuh untuk menentukan pembangunan di kawasan tersebut.

Akta Pembaharuan Semula Bandar ini sepertinya merupakan satu demi satu agenda halus dan terancang parti DAP menerusi posisi yang mereka ada di dalam kementerian. Lihatlah bagaimana usaha penuh berstrategi oleh kementerian yang sama dalam mencalonkan Kampung Baru Cina sebagai tapak UNESCO yang juga menggambarkan usaha untuk melenyapkan identiti sebenar negara ini.

Apabila akta ini diluluskan, ia ibarat pemudah cara bagi terwujudnya agenda persempadanan semula sekaligus pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang kebanyakannya boleh dikuasai oleh satu kaum sahaja. Melalui projek-projek pembangunan ini, orang Melayu akhirnya kehilangan kuasa politik di bandar-bandar seperti mana di Kerinci, Abdullah Hukum dan lain-lain.

Impaknya, perubahan demografi kependudukan yang berbeza dari sebelumnya akan menentukan corak dan jumlah pengundian seterusnya mengubah pemilikan kuasa yang menentukan dasar dan polisi di kawasan tersebut.

Akta PSB: Manifestasi Polisi British Menghalau Rakyat Palestin?

Undang-undang melibatkan tanah perlu diberi perhatian yang serius. Akta Pengambilan Tanah 1960 yang sebelum ini membenarkan kerajaan untuk mengambil tanah persendirian demi tujuan pembangunan telah terbukti memberi kesan kepada pengurangan jumlah tanah rizab Melayu, jumlah pampasan yang rendah kepada pemilik asal, terpinggirnya orang Melayu dari kawasan bandar dan jurang pemilikan tanah yang berbeza di antara Melayu dan bukan Melayu.

Apa yang berlaku di Palestin hari ini adalah antara kesan-kesan penempatan terancang yang dibina oleh Yahudi Zionis yang menjadikan pembandaran dan pembangunan sebagai salah satu projek untuk mereka merampas tanah Palestin dan akhirnya mengusir penduduk asal dari tempat asal mereka. Tindakan ini mendapat sokongan kuat dari Britain yang ketika itu menjajah Palestin dan segera merangka projek-projek penghijrahan Yahudi ke Palestin.

British sangat memainkan peranan mereka ketika ini dalam memberi tekanan kepada Khalifah Turki Uthmaniyyah untuk membatalkan undang-undang yang menyekat kehadiran imigran Yahudi ke Palestin sehinggakan ianya turut memudahkan projek men’Zionis’kan Palestin. Pembelian tanah-tanah milik orang Palestin oleh Yahudi menjadi modus operandi paling kerap dilakukan sehingga akhirnya rakyat Palestin hilang pemilikan terhadap tanah-tanah mereka.

Hentikan pelaksanaan Akta Pembaharuan Semula Bandar

Akta itu perlu memenuhi keperluan semua pemegang taruh kerana bukan hanya pemaju perlu ‘dibelai’.

Ketua Penerangan BERJASA, Hamdan Sharif berkata “Jadi, panel pemilik yang tidak menafikan pemaju Bumiputera hendaklah diwujudkan… Begitu juga dengan agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan, dengan kos pembangunan berbilion, cukai juga jutaan ringgit… Pemilik juga mengharapkan proses dan prosedur pengambilan tanah yang adil dan saksama.

“Oleh itu, Jadual Pertama dan Seksyen 3 Akta Pengambilan Tanah 1960 amat perlu dipinda dan diharmonikan… Belajarlah daripada kesilapan lalu… Jikalau pemilik bertindih yang ramai diambil tanah mereka dengan bayaran pampasan yang rendah sudah tentu mereka tidak dapat memberi rumah rumah baharu yang lebih mahal dan akhirnya, mereka terpaksa berpindah ke luar atau pinggir bandar.” tambahnya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Krisis Kebertanggungjawaban Ahli Politik, Rakyat Merana

Next Post

Anwar Ibrahim Dinasihat Lembutkan Retorik Israel-Hamas: Tekanan dari Amerika Syarikat?

Related Posts