Kontroversi Hannah & jagdeep Tak Jejas Sokongan Pada DAP, Bukti Penyokong DAP Taksub

DAP

PETALING JAYA – Seorang penganalisis politik berpendapat kontroversi yang melibatkan dua pemimpin DAP iaitu Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Timbalan II Ketua Menteri Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo tidak akan menjejaskan sokongan untuk parti itu. Hal ini kerana beliau beranggapan kononnya kedua-dua ahli politik DAP itu tidak terlibat dalam skandal besar.

James Chin daripada Universiti Tasmania mendakwa ini hanya “kes kecil” sahaja jika dibandingkan dengan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa oleh ahli politik terdahulu melibatkan kontrak lebih besar dan berbilion ringgit dana awam.

Beliau mengulas keputusan kerajaan Selangor memberikan projek negeri kepada firma dikaitkan dengan suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Satu lagi kejadian melibatkan cadangan pelantikan bapa mentua Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo untuk mengetuai lembaga rayuan yang ditubuhkan di bawah Enakmen Kebebasan Maklumat 2010. Bagaimanapun, Baldev Singh Gurchan Singh dilaporkan telah menolak jawatan berkenaan.

James Chin menambah, cadangan pelantikan bapa mentua Jagdeep hanya sekadar langkah politik yang juga norma dalam politik Malaysia.

Katanya, beberapa pemimpin dan ahli parti juga diberikan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan dan badan berkanun sejak pembentukan kerajaan perpaduan, walaupun ada pihak membantahnya.

Kenyataan beliau ini seakan melihat ia sesuatu yang normal untuk melakukan amalan nepotisme sedangkan PH dahulunya amat kuat menentang amalan ini dilakukan jika ia melibatkan kerajaan terdahulu iaitu BN dan PN.

Segala laungan mereka untuk menolak amalan nepotisme dan kronisme hanya hipokrit sahaja kerana matlamat mereka yang sebenarnya adalah menginginkan kuasa politik sahaja. Mereka dilihat hanya mengimpikan untuk mentadbir kerajaan sahaja dan mengenepikan terus “prinsip” mereka sebelum ini.

Jika dilihat rata-rata komen di media sosial sekalipun, tidak ramai penyokong PH yang mengulas isu ini. Mereka semuanya hanya mendiamkan diri sahaja dengan lagak apa yang dibuat oleh dua orang pemimpin itu tidak salah sekalipun.

Maka kenyataan yang meyakinkan daripada James Chin mengenai imej mereka berdua yang tidak akan tercalar akibat isu ini ada benarnya ditambah pula dengan sikap hipokrit penyokong PH khususnya DAP dalam berhadapan dengan isu ini.

Sebelum ini mereka menuduh penyokong PAS dengan pelbagai gelaran seperti ekstremis dan walaun untuk menggambarkan mereka ini sebagai pentaksub namun penyokong DAP merupakan pentaksub yang sebenarnya sehingga sanggup menutup mata daripada mengkritik pemimpin sendiri.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
SMJK SMC

11 PIBG SMJK & SMC Biadab Tolak Bahasa Melayu Jadi Bahasa Pengantar Sekolah

Next Post
EV

Insentif Cukai Untuk EV Sahaja Tak Cukup, Beri Juga Tumpuan Bangunkan Industri EV Tempatan

Related Posts