‘Roadblock’ Untuk Semak Cukai Jalan Digital?

PERTENGAHAN bulan lalu, Merak Jalanan pulang ke kampung dan apabila sampai di Kulim, Kedah terdapat sekatan polis di Lebuh raya Butterworth-Kulim (BKE).

Sebagai seorang pemandu yang sentiasa mematuhi peraturan, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana tali pinggang keledar sentiasa dipakai, peratusan cermin gelap juga mengikut spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Cumanya pelik apabila anggota polis tetap meminta Merak Jalanan menunjukkan cukai jalan digital walaupun pada ketika itu aplikasi MyJPJ tidak dapat diakses kerana terlupa kata laluan.

Merak Jalanan menunjukkan screen shot cukai jalan tetapi anggota itu tetap bertegas hanya mahu lihat cukai jalan daripada aplikasi MyJPJ sahaja.

Nasib baik selepas bertenang selama beberapa minit di ruang tepi sekatan polis, Merak Jalanan berjaya membuka aplikasi itu dan dapat meneruskan perjalanan.

Merak Jalanan berasa hairan kerana pada Februari lalu Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dengan yakin berkata, penguat kuasa boleh mengesahkan cukai jalan kenderaan melalui gajet yang dimiliki mereka.

Bahkan pemandu kenderaan tidak wajib untuk memuat turun aplikasi MyJPJ, asalkan cukai jalan dan insurans masih hidup, semuanya tidak akan mendatangkan masalah.

Selepas hampir melupakan kejadian itu, seorang sahabat Merak Jalanan mengadu mengalami nasib yang sama apabila melalui satu sekatan jalan raya di Shah Alam, Selangor pada malam minggu.

Situasinya sama iaitu anggota polis tetap mahu melihat cukai jalan digital melalui aplikasi MyJPJ walaupun berdepan kesulitan untuk membukanya kerana terlupa kata laluan.

Maka, Merak Jalanan berpandangan dalam dua situasi ini mungkin anggota itu terlepas pandang keputusan kerajaan ataupun mereka tiada gajet untuk membuat pemeriksaan. -Sinar Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

BERSATU Gantung Keahlian Ahli Parlimen Kuala Kangsar

Next Post

Israel Bunuh Hampir 5000 Kanak-Kanak Palestin

Related Posts