Sibuk Dengan Kantin Sekolah, Isu Kelas Sesak Dilupakan

kantin sekolah

KUALA LUMPUR – Isu pembukaan kantin sekolah di bulan Ramadan menjadi topik hangat yang dibincangkan oleh warga maya sehingga lupa dengan isu yang lebih besar daripada itu iaitu melibatkan kelas yang sesak dengan bilangan murid. Kantin sekolah itu seakan telah meminggirkan pandangan rakyat Malaysia untuk melihat isu yang kritikal ini.

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Anuar Ahmad berkata isu pembukaan kantin sekolah ini galak dibincangkan hingga ada yang sindir-menyindir dan bertelagah tanpa batas sempadan. Sedangkan isu limpahan murid di dalam satu kelas tidak pula dibincangkan secara serius.

Tambah beliau, kelas yang sesak menyebabkan Pelaksanaan Pentaksiran Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PDPC) yang menjadi ‘nadi pendidikan’ akan teruk terjejas.

“Bagaimana anak-anak kita akan belajar dengan selesa dan kondusif kalau mereka disumbat dalam kelas 50 orang murid? Anda kena lihat sendiri untuk rasa empati dan ehsan pada keadaan anak-anak ini di dalam kelas yang sesak ini”.

“Bagaimana guru-guru dapat mengajar dengan selesa dan berkesan dalam kelas yang sesak dengan 50 orang murid? Bagaimana anak-anak kita akan mahir 3M dan bermotivasi untuk belajar dengan aktif dan gembira kalau pembelajaran mereka sejak tahun satu lagi sudah tidak berkesan sebab kelas sesak dengan murid-murid?”.

Jika sesebuah kelas itu sesak, padat dan suasanya agak lemas, hal ini akan menimbulkan kekhuatiran murid-murid di dalam kelas itu tidak dapat belajar dengan selesa dan akhirnya akan mengganggu proses pembelajaran mereka.

Tambah beliau lagi, isu pembukaan kantin sekolah ini sepatutnya diselesaikan secara dalaman sahaja oleh pihak sekolah dengan melibatkan perbincangan kepimpinan PIBG dengan pengetua sekolah. Mereka lebih memahami keadaan sekolah masing-masing berbanding pihak luar.

Sebelum ini, Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al-Hakim dengan keras telah menegur Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mengeluarkan arahan setiap kantin di sekolah perlu dibuka atas alasan khuatir pelajar bukan Islam terpaksa makan di stor sekolah.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
harga sayur naik

Harga Sayur Naik: Apa Tindakan Menteri Pertanian?

Next Post
isu stokin kalimah allah

Isu Stokin Kalimah Allah: MCA Yang Konon Berlagak Hero

Related Posts