Kiamat Iklim: Pengurusan Bencana Buat Rakyat

Bangi – Berikutan kejadian gempa bumi di Turki, Syria dan Indonesia pada tahun ini, pakar alam sekitar memberi peringatan buat kerajaan dan rakyat Malaysia untuk bersiap sedia menghadapi risiko gempa bumi.

Kejadian gempa bumi ini memberi isyarat bahawa rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia berisiko tinggi untuk mengalami gempa bumi berskala besar.

Hal ini kerana kejadian gempa bumi yang berlaku di negara jiran Indonesia dan Jepun boleh menjejaskan aktiviti Lingkaran Api Pasifik dan meningkatkan kemungkinan adanya gempa bumi di Malaysia.

Pulau Sumatera dijangkakan mempunyai risiko untuk mendapat gempa bumi sehingga 9.5 magnitud, dan Malaysia pula dijangka mengalami gempa bumi sehingga 6 – 7 magnitud.

Kesan gempa bumi kuat dengan bacaan 6.4 skala-ritcher di Indonesia pada 3 April 2023 yang lepas telah memberi rasa gegaran di beberapa negeri di semenanjung Malaysia seperti Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor.

Keadaan ini juga boleh mencetuskan perlanggaran plat bumi sekaligus meningkatkan kejadian gempa bumi di kawasan berhampiran.

Tidak dapat dibayangkan sekiranya gegaran kuat benar-benar melanda negara apabila jangkaan bacaan gempa bumi melebihi 5 magnitud yang mampu merobohkan sebuah bangunan.

Negara bakal menghadapi krisis bencana alam yang teruk dengan banyaknya kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda.

Justeru itu, pihak berkuasa tempatan dan kerajaan perlulah mendidik dan memberi kefahaman tentang kejadian gempa bumi kepada rakyat Malaysia.

Hal ini kerana kejadian gempa bumi dahsyat belum pernah terjadi dan rakyat masih belum cakna tentang pengurusan bencana terutama gempa bumi.

Selain itu, pihak berkuasa perlu menilai semula bangunan lama dan menguatkuasakan pematuhan undang-undang reka bentuk gempa bumi bagi pembangunan masa hadapan.

Pihak pengurusan bencana negara atau kerajaan Malaysia perlulah lebih proaktif dalam memastikan sistem pengurusan bencana dalam keadaan yang terbaik.

Tidak kiralah bencana alam yang terjadi gempa bumi mahupun banjir, pengurusan bencana negara perlu satu langkah kehadapan.

Ini termasuklah kelengkapan bantuan asas, belanjawan bencana, pasukan penyelamat, dan perancangan pembangunan negara.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Undi Melayu: Peluang Untuk PN Manakala UMNO Dalam Masalah

Next Post
Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan

Ahli Politik Tidak Boleh Terlepas Daripada Hukuman Penjara

Related Posts