DAP JANGAN MELEPASI GARIS MERAH, CUBA CAMPUR TANGAN URUSAN UMAT ISLAM

1. Saya merujuk laporan berita harian, 28 Dec 2023 merujuk kenyataan Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen DAP yang menyeru supaya melantik orang bukan Islam (Kafir) bagi mengkaji kompetensi DUN untuk menggubal undang- undang Islam.

2. Pemimpin DAP yang celupar ini juga turut meminta supaya pandangan masyarakat bukan Islam diambil kira kononnya, ia bertujuan memberi perlindungan kepada orang bukan Islam.

3. Saya ingin menyatakan dengan tegas dan keras, wahai pemimpin DAP, jangan cuba melepasi garis merah dan melanggar sempadan hal sensitif ini.

Apakah yang menjadi sebab utama kalian berterusan cuba campur tangan urusan dan perkara berkaitan Umat Islam? Sebelum ni DAP juga membantah pengajaran hadis 40 untuk pelajar sekolah agama, juga membantah perihal pembelajaran tulisan jawi, membantah minggu solidariti Palestin, dan membantah banyak perkara berkaitan Syiar Islam di Malaysia. Apakah pengamalan Islam di Malaysia menyebabkan kalian tertindas seperti gaya kenyataan pemimpin DAP celupar tersebut?

4. Ingat ! Kerana amalan Islam di Malaysia oleh majoriti orang Islam yang sangat tinggi toleransi, membolehkan kalian mendapat kuasa, kaya raya , menikmati dan menguasai ekonomi dengan rakus.

5. Sekarang, apakah tidak cukup hak kalian dijaga selama ini? Apa tujuan urusan Umat Islam, perlu mendapat pandangan kalian yang kafir? Adakah urusan agama bukan Islam, orang Islam campur tangan? Malah diberi kebebasan penuh, diberi peruntukan lagi. Malah rumah ibadat orang bukan Islam lebih banyak dari yang diperlukan dan lebih tinggi nisbah berbanding bilangan Umat Islam majoriti negara ini.

6. Umat Islam wajar bangkit dan sedar, apa yang terhambur keluar dari mulut pemimpin DAP ini tidak lain adalah kebencian mereka kepada Islam. Itu sahaja perkara pokoknya. Adapun wayang politik pemimpin DAP memakai songkok, baju Melayu, tudung contohnya, tidak bermakna apa- apa dan sekadar membeli jiwa umat Melayu Islam untuk mengemis undi dalam Pilihanraya.

7. Setelah berkuasa, hakikat tindakan mereka lebih menguntungkan orang bukan Islam. Kalimah perjuangan mereka, adalah apa sahaja yang bukan Islam mahukan, dan cuba mencampuri hal agama Islam, walaupun ia untuk orang Islam.

8. Perjuangan DAP yang anti Islam dan syiar Islam ini, bukanlah baru. Kata – kata biadap mendiang Karpal Singh ” over my dead body” merujuk kepada perlaksanaan hukum Hudud yang diperjuangkan PAS satu ketika dahulu, cukup menggambarkan inilah ruh perjuangan kekufuran yang masih mengakar teguh dalam jiwa pemimpin kafir DAP ini.

9. Orang Melayu Islam wajib bangkit, sedar, dan menentang sikap melampau DAP dan mengukuhkan kekuatan politik kita.

10. DAP adalah ancaman kepada kestabilan keharmonian dan kesejahteraan Negara. Tetapi, yang mengangkat mereka, dan tunduk kepada tuntutan mereka, siapa lagi kalau bukan pengkhianat Melayu Islam yang di puncak kuasa hari ini.

Mohd Hamdan Mohd Sharif

Ketua Penerangan BERJASA

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Hamdan Shariff Ketua Penerangan Parti

Pembatalan larangan Jualan arak : Bukti Kerajaan Tunduk Kepada  DAP

Next Post

Hutan Tropika Malaysia Diancam Kepupusan

Related Posts