Ada Apa Dengan Nama Laut China Selatan?

Isu Laut China Selatan

Hamparan lautan luas yang mengelilingi Asia Tenggara telah ramai mengenalinya dengan nama Laut China Selatan.

Namanya mungkin diambil daripada lokasinya yang terletak di selatan tanah besar China walhal boleh saja diambil dengan nama lain memandangkan laut ini bersempadan dengan majoriti negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina, Brunei, Kemboja, Thailand dan Vietnam.

Mungkin selain daripada lokasinya yang terletak di selatan tanah besar China, nama ini dikekalkan sehingga sekarang atas sebab China merupakan antara negara kuasa besar di dunia yang terletak di Timur dan galak menuntut hampir keseluruhan laut tersebut sebagai miliknya.

Atas sebab itu tiada negara Asia Tenggara lain yang berani untuk menukar nama laut tersebut kepada nama lain sebagai tanda mereka ingin menuntut laut itu sedangkan secara asasnya mereka boleh melakukan sedemikian.

Hanya Indonesia dan Vietnam yang berani menukar nama tersebut mengikut kepentingan mereka yang mana Indonesia menukar nama Laut China Selatan kepada Laut Natuna Utara dan Vietnam menukarnya kepada Laut Timur.

Tindakan kedua-dua negara itu telah menyebabkan China menghantar nota bantahan sebagai tindakan menghina kedaulatan China dan menukar nama yang telah dipersetujui di peringkat antarabangsa.

Pernah Dikenali Sebagai Laut Champa

Sebelum tahun 1900, terdapat banyak rekod dan manuskrip yang menunjukkan Laut China Selatan kini dikenali dengan nama antaranya Laut Champa, Malayan Sea dan Indo-Malayan Sea.

Semua nama ini boleh dirujuk di dalam buku peta tahun 1816 dan 1850.

Sebelum penubuhan Republik China pada 1912 sekalipun, nama China tidak pernah diletakkan merujuk kepada nama laut itu tetapi menggunakan “Laut Selatan” atau “Nan Hai”.

Akhirnya, nama-nama ini sudah tidak digunakan lagi sejak tahun 1921 apabila tertubuhnya International Hydrographic Organization (IHO) yang bertindak menyeragamkan sempadan laut di seluruh dunia.

Pada 1928, munculnya nama Laut China Selatan, tiada lagi China Sea atau Malayan Sea.

Perlukah Menukar Kembali Kepada Malayan Sea?

Penulis berpandangan tiada keperluan lagi setakat ini untuk menukar kembali Laut China Selatan kepada Malayan Sea, Laut Champa atau Laut Melayu Utara.

Seeloknya kerajaan memberikan fokus untuk mempertahankan 12 batu nautika dan 200nm untuk “exclusive economic zone” (ZEE) berdasarkan UNCLOS yang masing-masing diceroboh oleh China dan bakal diceroboh oleh Vietnam dan Filipina yang bertindak “over-claim”.

Jika diubah nama laut itu kepada nama yang bersifat nasionalis sekalipun, sempadan laut kita tetap sekitar 200nm itu sahaja.

Nota: Pandangan dan pendapat ini adalah pendapat penulis dan tidak mewakili mana-mana pihak, parti atau laman berita ini.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Bendahari Wanita BERJASA Malaysia, Datin Asmahan Zaidon

Wanita dan Pembangunan Negara – Datin asmahan Zaidon

Next Post
Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan

Di Mana Prinsip Menjunjung Kedaulatan Kehakiman?

Related Posts