Ahli Politik Tidak Boleh Terlepas Daripada Hukuman Penjara

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan

Bangi – Perbincangan mengenai isu pengampunan diraja ke atas mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih hangat diperkatakan sehingga kini.

Baru-baru ini juga berlaku sedikit ketegangan di dalam parti komponen yang membentuk kerajaan perpaduan apabila UMNO meminta pengampunan maaf daripada Khalid Abdul Samad berikutan keceluparan mulut beliau yang mendakwa pembebasan Najib daripada penjara akan meruntuhkan kepecayaan rakyat terhadap kerajaan.

Pada pendapat Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan ketika dihubungi berkata, usaha untuk membebaskan Datuk Seri Najib yang telah sabit kesalahan oleh mahkamah dan sedang menjalani hukuman adalah tidak wajar.

Jika ia terus dilakukan, pembebasan tanpa menerima hukuman penuh akan membawa satu imej bahawa kerajaan semasa adalah kerajaan yang dwi standard dan hipokrit dalam melaksanakan undang – undang.

Beliau menambah, Rakyat biasa jika sabit kesalahan, tiada siapa yang peduli. Hukuman dijatuhkan begitu cepat tetapi jika pihak tertentu, pelbagai cara dan alasan digunakan untuk mendapatkan pembebasan termasuk menggugurkan hukuman mahkamah.

Berkemungkinan besar selepas ini, rakyat tidak akan mempercayai lagi kepimpinan kerajaan sekarang dengan laungan integriti kedaulatan undang-undang, dan lain- lain.

“Kenyataan daripada Khalid Samad itu dilihat ada asasnya kerana ini akan menyebabkan hilangnya kepercayaan rakyat kepada Kerajaan sebagai tempat berpaut untuk menegakkan keadilan. Ironi, Parti Keadilan dalam Kerajaan juga tidak mampu membawa “keadilan” dengan konsisten., dakwa beliau.

Beliau berharap agar institusi kehakiman di bawah kerajaan kini terus diberikan kebebasan untuk menegakkan undang-undang dalam memartabatkan keadilan ke kedudukan yang lebih tinggi.

Terdahulu juga, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan setiap pihak ataupun individu diberikan hak untuk menuntut pengampunan.

Beliau juga mendakwa kerajaan tiada halangan kepada mana-mana individu untuk berbuat demikian kerana pengampunan yang dibuat akan dipertimbangkan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) dan Perdana Menteri.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kiamat Iklim: Pengurusan Bencana Buat Rakyat

Next Post

Isu Rumah Mahal: Rumah Untuk Siapa?

Related Posts