Kampung Melayu Yang Beratus Tahun Pun Belum Masuk UNESCO Lagi

Cadangan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming untuk mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO menimbulkan perasaan kurang senang pihak lain terutamanya orang Melayu. Bukan sahaja di Selangor malahan beliau juga mempertimbangkan beberapa lagi buah Kampung Baru Cina di Melaka, Johor dan Pulau Pinang untuk diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Merujuk kepada laman web UNESCO, antara syarat untuk sesebuah tempat itu dimasukkan di dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO ialah perlu mempunyai nilai kesejagatan luar biasa, mengandungi perincian atau bukti bahawa pernah wujud ritual peradaban pada masa lampau yang tersisa atau telah lenyap dan memiliki kaitan yang erat pada suatu peristiwa atau tradisi tertentu dari sisi pemikiran, kepercayaan, artistik dan sastera.

Jika dilihat kepada semua syarat itu, lebih layak lagi untuk diberikan kepada kampung-kampung Melayu yang sudah wujud beratus tahun lagi seperti Kampung Assam Jawa dan rumah asal pengasas Kampung Abdullah Hukum. Kampung-kampung ini juga mempunyai sentimen yang lebih dekat dengan budaya Malaysia kerana dibuka dan didirikan oleh orang tempatan.

Dibandingkan dengan kampung baru Cina, ia sebenarnya dibina oleh British bagi menghalang kaum Cina waktu itu daripada menyokong Parti Komunis Malaya (PKM). Agak menjengkelkan apabila sesebuah kawasan yang didirikan oleh penjajah ini ingin dijadikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sedangkan ia langsung tidak meninggalkan sentimen yang melambangkan kebudayaan tempatan.

Jelas Nga Kor Ming seakan ingin memaksa negara ini menerima budaya Cina untuk diserap masuk sebagai identiti Malaysia sedangkan banyak lagi kampung Melayu yang bersejarah diabaikan dan dibiarkan uzur. Akhirnya, teras negara ini menjadi kabur dan identiti orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini terus pudar.

Imran Hakimi

Pemuda BERJASA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Gelombang BERJASA atau parti BERJASA.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Retak Menanti Belah Menunggu Kerajaan Perpaduan

Next Post

Sama-Sama Duduk Berbincang Perkasakan Mahkamah Syariah

Related Posts