SEPANG – BERJASA Selangor berpendirian teguh bahawa “two-states solution” bukan penyelesaian kepada perjuangan rakyat Palestin pada hari ini. Perjanjian itu hanya akan memecahkan Palestin kepada bahagian yang lebih kecil dan selebihnya iaitu 80% diperolehi oleh penjajah.
Setiausaha Jawatankuasa Negeri BERJASA Selangor, Abdul Aziz Badu dalam kenyataanya menggesa kerajaan Malaysia agar tidak mengiktiraf “two-states solution”, yang sekaligus memberikan pengiktirafan kepada negara haram Zionis.
“Persempadanan 1967 merujuk kepada “two-states solutions” adalah cadangan Zionis dan bukannya kehendak rakyat Palestin”.
“Sebaliknya, kerajaan perlu lebih progresif menerangkan dan menjelaskan mengenai naratif terkini perang Palestin dan membawa seruan kepada umat Islam untuk membebaskan Palestin”, tegas beliau.
Beliau juga berpendapat bahawa Malaysia mesti mengambil pendirian yang tegas terhadap isu Palestin dan bersedia untuk bersama Palestin dalam apa jua keadaan.