Kerajaan PH Yang lemah Mentadbir, Penjawat Awam Pula jadi Mangsa

SHAH ALAM – Tindakan kerajaan yang memperkenalkan skim ‘contract of service’ (COS) ataupun lantikan secara kontrak kepada mana-mana penjawatan yang dilantik bermula 1 Februari 2024 adalah sebenarnya satu perancangan Pakatan Harapan yang sememangnya telah dirancang dengan lama. Mereka begitu serius ingin mengurangkan saiz penjawat awam yang majoritinya dipelopori oleh orang Melayu.

Seperti yang dilihat kepada kenyataan Tony Pua pada 2018 dan Mohamed Hanipa Maidin yang merupakan mantan Timbalan Menteri Undang-Undang pada 2019, usaha kepada pengurangan dan mengecilkan saiz penjawat awam sebenarnya sudah lama pun dirancang dan tindakan yang dibuat sekarang ini langsung tidak mengejutkan.

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif berkata usaha berterusan daripada pihak PH mempunyai beberapa agenda tertentu yang berniat jahat. Mereka tidak sedar bahawa pihak penjawat awam ini yang bertungkus-lumus dalam memberikan khidmat yang baik kepada kerajaan dan rakyat.

Jika benar alasan tindakan ini dibuat atas sebab kerajaan ingin melandaikan jumlah tanggungan pencen yang besar, mengapa kerajaan di bawah pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini sering menunjukkan prestasi keseluruhan pencapaian ekonomi negara begitu teruk dan pendapatan negara yang merudum? Ditambah pula dengan Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kurang memberangsangkan serta kejatuhan nilai mata wang Ringgit paling rendah sejak 26 tahun merupakan satu penjelasan yang nyata bahawa kerajaan ini tidak cekap mentadbir.

“Kita dapat melihat dasar dan polisi kerajaan yang lebih berminat “memotong” bajet negara berbanding menambah pendapatan negara secara organik menyebabkan rakyat secara keseluruhannya menjadi mangsa. Dikala rakyat bertarung dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi, kerajaan bertindak lebih menekan mereka seakan langsung tidak mendengar keluhan mereka”.

“Saya sarankan agar kerajaan bermuhasabah diri dan menilai semula dalam isu melibatkan penjawat awam ini. Kerajaan perlu sedar bahawa ini semua berpunca daripada kelemahan mereka dalam mentadbir. Penjawat awam ini adalah perisai negara dalam aspek pengurusan kerajaan maka sepatutnya segala hal kebajikan mereka perlu dititikberatkan dengan serius apatah lagi ramai dalam kalangan mereka adalah orang Melayu”, tegas beliau.

Terdahulu, pengambilan pegawai baharu secara lantikan kontrak dalam perkhidmatan awam ini berkuat kuasa mulai 1 Februari 2024.

Kaedah pelaksanaan lantikan kontrak ini adalah mengikut peraturan, pekeliling perkhidmatan dan kaedah semasa yang sedang berkuat kuasa iaitu MyPPSM Ceraian UP.1.1.1 Prosedur dan Dasar Pelantikan Secara Kontrak (Contract of Service).

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

BERJASA Kapar Santuni Masyarakat Dengan Isu Kesihatan Wanita

Next Post

RCI Batu Puteh: Demi kedaulatan atau nak cari salah siapa? – Pakar undang-undang

Related Posts