OIC Lemah, lembik dan penakut

BANGI – Mesyuarat tergempar negara ahli OIC bersama Liga Arab yang berakhir semalam, tidak lebih sekadar perbincangan kosong tanpa adanya sebarang penyelesaian. Malah, sesetengah pemimpin dunia Islam turut sekadar beretorik dan menentang 5 usul tindakan penting untuk berjuang bersama rakyat Palestin. Antara pemimpin tersebut ialah daripada Arab Saudi, UAE, Maghribi, dan Bahrain.

Negara – negara tersebut juga terlibat dengan proses normalisasi Israel melalui “deal of century“. Kesannya hari ini, mereka tidak lebih sekadar menjadi boneka Israel tajaan USA. Tidak terkecuali, pendirian Perdana Menteri Malaysia yang turut memuji usaha Arab Saudi dalam keamanan kononnya, dan mengangkat solusi yang disukai Israel dalam hal berkaitan ” two state solution” dan garis sempadan haram 1967, yang tidak diiktiraf dunia.

Demikian pandangan daripada Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif berkenaan sikap pemimpin-pemimpin negara Islam yang dilihat lemah, lembik dan pengecut. Beliau berkata sikap mereka ini telah menambah derita umat Islam secara sengaja dan sanggup memilih jalan berdiam diri dalam melihat pembantaian yang kejam terhadap rakyat Palestin di Gaza.

“BERJASA mendesak YB Perdana Menteri Malaysia untuk berhenti mengangkat naratif pro Israel dan cuba menormalisasikan Israel dengan solusi merepek tersebut dan bertindak lebih tegas di arena antarabanga dengan segala kuasa yang ada di tangan”.

“Tindakan lebih tegas dan agresif perlu dilaksanakan oleh Malaysia dengan melobi negara- negara umat Islam untuk tindakan yang lebih efektif dalam memberi tekanan kepada Israel dan USA serta negara sekutu”, tegas beliau.

Baru-baru ini pemimpin negara-negara Islam gagal mencapai kesepakatan untuk menekan Israel agar mengentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin di Gaza setelah lima negara Arab menolak usul yang menekan Israel. Lima negara tersebut ialah Bahrain, UAE, Arab Saudi, Maghribi dan Sudan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kerajaan Perlu Segera Campur Tangan Desak Bekalan Disalurkan Ke Hospital Di Gaza

Next Post

Kemaman Kubu kuat UMNO, Kata Zahid

Related Posts