BERJASA Sepang Membuat Agihan Daging Korban Di Kampung Ginching

SEPANG – BERJASA Sepang telah mengadakan program agihan daging korban kepada penduduk di Kampung Ginching, Sepang. Program agihan daging korban yang dilaksanakan pada hari Sabtu yang lepas memfokuskan kepada membina hubungan yang rapat bersama penduduk sekitar Sepang khususnya di Kampung Ginching.

Sebanyak 30 pek daging korban berjaya diagihkan kepada penduduk Kampung Ginching. Agihan yang diketuai oleh Yang Di-Pertua BERJASA Sepang, Mohd Azriq Rosman bersama beberapa ahli Pemuda BERJASA mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk sekitar.

BERJASA Sepang amat optimis untuk terus membantu masyarakat yang memerlukan dengan menawarkan khidmat masyarakat kepada mereka.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
blackrock

Jual Aset Strategik Kepada BlackRock Ibarat Bersubahat Dengan Zionis Pembunuh

Next Post
two-state solution

Kerajaan Malaysia Sokong “Two-State Solution” Untuk Isu palestin-Israel

Related Posts