KAPAR – Kerajaan terus didesak untuk menyatakan pendirian menolak penyelesaian dua negara (Two States Solution) yang dicadangkan sebelum ini dalam isu pembebasan negara Palestin dari penjajahan.
Idea Two State Solution sudah mula ditolak oleh rata-rata penduduk dunia. Bahkan sebahagian pimpinan Fatah sendiri sudah tidak mahu mempromosikan idea tersebut.
Demikian menurut Setiausaha Jawatankuasa Berjasa Selangor, Abdul Aziz bin Badu yang menegaskan sebahagian negara yang sedang dalam rundingan normalisasi dengan Israel telah menghentikan rundingan.
Abdul Aziz yang juga Yang Di-Pertua Berjasa Kapar berkata suasana yang baru ini perlu disambut dengan strategi dan gerakerja baru iaitu semua pihak pencinta Palestin mesti membina naratif baru didalam pemikiran mereka berkenaan isu pertembungan Palestin-Israel.
Gerak kerja mengumpulkan dana untuk bantuan kemanusiaan perlu diteruskan, namun kini menuntut perubahan kepada gerakerja pembebasan Palestin dari penjajahan Israel, tambahnya.