Keputusan PRK Sungai Bakap: Rakyat Beri Signal Jelas Tolak PH-BN

PRK Sungai Bakap

BANGI – Kemenangan Perikatan Nasional (PN) di dalam PRK Sungai Bakap masih lagi hangat dibincangkan di dalam media arus perdana termasuk media sosial. Banyak perbincangan yang dikupas menjurus kepada apakah faktor kekalahan Pakatan Harapan (PH) di dalam PRK Sungai Bakap ini.

Kemenangan PN di PRK Sungai Bakap mungkin dianggap biasa kerana sekadar mempertahankan kerusi asal mereka tetapi hakikatnya ia merupakan kemenangan yang bergaya. Hal ini dapat dilihat melalui bilangan majoriti meningkat mendadak dari 1,563 dalam PRU15 kepada hampir 300% (4,269) kali ini walaupun jumlah pengundi yang keluar mengundi berkurangan sebanyak 15%.

Analisa juga menunjukkan berlaku peralihan undi (vote swing) yang ketara dari PH-BN kepada PN mungkin akibat hilang kepercayaan dengan kemampuan dan prestasi Kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden BERJASA, Ir. Ts. Muhammad Lukman Al Hakim berkata hakikat ini turut disuarakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang mengatakan bahawa kekalahan PH adalah disebabkan isu nasional seperti inflasi, subsidi dan kenaikan kos sara hidup yang teruk menghimpit rakyat.

“Calon PAS, Abidin Ismail juga dilihat lebih berwibawa dan begitu dekat dengan rakyat. Apatah lagi beliau turut berpengalaman luas sebagai bekas pegawai khas ADUN Sungai Bakap yang terdahulu, Allahyarham Nor Zamri Latiff manakala calon PH, Dr Joohari Ariffin walaupun lebih terpelajar tetapi kurang disenangi masyarakat Melayu setempat. Beliau juga dikatakan jauh dari masyarakat serta tidak mengundi di DUN Sungai Bakap”.

“Penurunan peratus keluar pengundi bagi bangsa Cina (47%) dan India (58%) pula boleh dikaitkan dengan sabotaj atau kehilangan kepercayaan rakyat bukan Melayu kepada kepimpinan negeri dan persekutuan”, tegas beliau.

Tambah beliau, kekalahan ini merupakan satu kejutan (wake-up call) kepada kerajaan setelah segala jentera kerajaan negeri dan persekutuan dikerah serta jutaan wang ringgit dilaburkan demi memancing undi rakyat setempat.

“Mesej rakyat amat jelas menolak kerajaan PH-BN. Hanya masa yang akan menentukan sebelum arus ini merebak dan membentuk gelombang yang lebih besar bagi menumbangkan kerajaan persekutuan dalam PRU16 nanti”.

“Jika tiada sebarang perubahan berlaku, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mula bersedia menjadi ketua pembangkang semula!”, kata beliau

Terdahulu, BERJASA dalam kenyataan media terbarunya menyatakan mereka sebulat suara dan secara bersama menyokong calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap pada 6 Julai ini.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
childfree

Konsep Childfree: Trend Merosakkan Rumah Tangga

Next Post
rafizi

Formula Tidak Menjadi, Rafizi Sibuk Pula Meninggi Diri

Related Posts