Konsep Childfree: Trend Merosakkan Rumah Tangga

childfree

BANGI – Isu mengenai ‘childfree’ yang semakin menular di media sosial jelas semakin membimbangkan. ‘Childfree’ adalah konsep di mana pasangan suami isteri yang memilih dan memutuskan untuk tidak mempunyai anak sama ada anak kandung, anak angkat mahupun anak tiri.

Konsep childfree ini hakikatnya merupakan ‘keputusan’ secara sukarela dan persetujuan bersama oleh suami isteri disebabkan beberapa faktor seperti keadaan kewangan, kesihatan, keupayaan tubuh badan dan lain-lain.

Namun begitu, yang lebih merisaukan adalah apabila wujud segelintir pihak yang mengamalkan ini cuba untuk menyebarluaskan sekaligus menormalisasi ‘trend’ yang berpotensi merosakkan institusi keluarga ini di khalayak ramai.

Ketua Pemudi BERJASA, Nor Azliza Rajiain berpandangan bahawa masyarakat perlu berhati-hati dengan konsep-konsep sebegini yang pernah dibawa oleh gerakan liberalisme dan feminisme suatu ketika dahulu. Bimbang juga jika ‘idea’ ini sebenarnya cuba didoktrin golongan tertentu bagi merosakkan perspektif dan cara fikir generasi hari ini tentang nilai sebenar sebuah perkahwinan yang tidak dapat dipisahkan dengan antara tujuannya untuk memiliki dan mengembangkan zuriat.

“Masyarakat tidak perlu menormalisasikan konsep ‘childfree’ ini jika terbukti tiada kepentingan dan mudarat yang besar, kerana dibimbangi menyalahi tujuan perkahwinan atau hikmah rumahtangga itu sendiri”.

“Mudarat yang besar boleh berlaku bila mana kefahaman dua sosok tubuh utama di dalam institusi keluarga itu yakni ibu dan ayah begitu rendah hingga anak-anak dianggap ‘beban’ lantas memberi kesan kepada kesejahteraan institusi rumahtangga tersebut”, jelas beliau.

Oleh hal yang demikian, beliau menyeru kepada kerajaan untuk menyediakan secara aktif dan sepenuhnya sistem sokongan yang terbaik kepada golongan ibu bapa di luar sana, sama ada melalui penstrukturan ekonomi yang baik, kos sara hidup yang tidak membebankan, kemudahan kesihatan dan penjagaan anak-anak di tempat-tempat yang memerlukan, kempen #KeluargaBahagia #AnakAdalahAnugerah di setiap komuniti dan sokongan sosial yang meluas buat mereka.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Program Malaysia My Second Home Perlu Dirombak, Beri Kuasa Penuh Kepada Imigresen

Next Post
PRK Sungai Bakap

Keputusan PRK Sungai Bakap: Rakyat Beri Signal Jelas Tolak PH-BN

Related Posts