Wanita BERJASA merakamkan rasa dukacita atas kematian seorang kanak-kanak berusia 4 tahun yang disyaki menjadi mangsa penderaan pihak yang menjaganya. Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan dan akan membawa pesalah ke muka pengadilan
Ketua Wanita BERJASA, Dr Hjh Fadilah Ashari menggesa masyarakat sekeliling turut mengambil perhatian terhadap persekitaran sekeliling yang melibatkan kanak-kanak. “Mereka adalah golongan yang wajib dilindungi sesuai dengan Dasar Kanak-Kanak Negara yang menjamin hak kelangsungan hidup, perlindungan, perkembangan dan penyertaan kanak-kanak agar dapat menikmati peluang dan ruang utk mencapai perkembangan holistik dalam persekitaran yang kondusif” tambah beliau
Beliau turut menyeru segenap lapisan masyarakat untuk sama-sama memastikan kanak-kanak di malaysia dapat membesar dalam suasana selamat, harmoni serta positif sesuai dengan keadaan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Hal ini bagi menjamin masa hadapan generasi masa akan datang akan dapat memacu Malaysia menuju negara maju dan makmur.