Shah Alam – Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan menggesa Perdana Menteri cakna tentang isu sebenar berkaitan kartel. Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kenyataan tentang keperluan telur yang tidak mencukupi dan dikaitakn dengan isu kartel.
Fahmi Bazlan berpendapat bahawa, pengeluaran telur diuruskan oleh syarikat didalam negara. Tetapi operasi eksport yang tinggi menyebabkan keperluan didalam negara tidak mencukupi.
“Jika PM kata dia berani, maksudnya dia berani menyekat telur yang dihasilkan didalam negara, untuk dieksport ke luar negara. Bukan berani ubah dasar dengan solusi memperbanyakkan bilangan import telur kedalam negara. Ia akan menambahkan lagi bilangan kartel telur yang makin meruncing” tambah beliau.
Beliau turut menambah bahawa operasi import yang tinggi yang menyebabkan kebergantungan kepada negara luar. “Kos tersebut boleh disalurkan kepada pengusaha dan penternak dengan pemberian subsidi dan suntikan modal bagi membesarkan skala pengeluaran mereka”.
Beliau turut menyatakan kebimbangan terhadap operasi import dan eksport yang akan menyebabkan harga barang masih dikawal oleh orang tengah, malah kebergantungan kepada negara luar menyebabkan isu harga barang tidak akan selesai.