Wujud Gerakan & Naratif Naikkan Imej Sekolah Vernakular Cina

sekolah vernakular

BANGI – Agensi media dan platform berita utama di Malaysia dilihat sudah mula menggerakkan penyampaian naratif berunsur positif untuk menaikkan imej sekolah vernakular Cina di ruangan media sosial mahupun akhbar. Antara agensi media yang dilihat menyertai usaha menaikkan imej sekolah vernakular Cina ini ialah antaranya Sinar Harian dan Astro Awani.

Mereka dilihat seakan menyatakan sokongan secara nyata untuk menjaga imej sekolah ini dengan menjawab segala dakwaan orang ramai yang melahirkan rasa gusar kewujudan sistem sekolah vernakular ini di Malaysia. Pihak Gelombang BERJASA melihat ia satu tindakan yang amat terdesak dan hanya mengundang pelbagai persoalan daripada orang ramai sahaja.

Kebetulan pula isu ini cuba dimainkan setelah keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 diumumkan. Adakah gerakan ini cuba menunjukkan sekolah jenis kebangsaan Cina ini masih relevan walaupun tidak mencatatkan keputusan yang cemerlang di dalam SPM 2023 jika dibandingkan dengan sekolah lain?

Antara paparan tajuk yang boleh didapati di dalam portal berita tersebut ialah SJKC: Realiti Bagi Pelajar Bukan Cina, Kuasai Bahasa Cina Beri Kelebihan Dapat Kerja, Lebih Cepat Peluang Naik Pangkat dan Anak Orang Asli Berjaya Lanjutkan Pelajaran Ke Taiwan. Semua tajuk berita ini dipaparkan di akhbar bercetak dan tabloid.

Agak malang apabila sekolah Maahad Tahfiz Pahang mengguguli carta sebagai sekolah paling cemerlang di dalam SPM 2023 agensi berita tempatan langsung tidak membuat liputan secara meluas. Hal ini berbeza dengan naratif menaikkan imej sekolah jenis kebangsaan Cina yang dibuat liputan secara menyeluruh sehingga terpapar di dua muka surat akhbar.

Timbulnya persoalan ke arah manakah ingin kita corakkan negara kita di masa hadapan. Isu perpaduan kaum saban tahun semakin membarah dan kini kita mempromosikan pula sekolah vernakular yang sedia ada memisahkan kaum di peringkat pendidikan.

Parti BERJASA sebelum ini berpendapat pemisahan kaum di peringkat pendidikan rendah akan menjadi barah yang besar kepada negara pada masa akan datang. Kerajaan dan semua pihak sepatutnya sedar bahawa sistem pendidikan vernakular adalah sistem yang gagal.

Lebih elok diwujudkan gerakan yang memperjuangkan nasib guru dan sekolah di pedalaman yang menghadapi kekangan untuk menyediakan serta menyampaikan ilmu dengan baik akibat kekurangan akses. Namun sungguh sadis apabila naratif menaikkan imej sekolah vernakular yang lebih diutamakan secara meluas.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
tanah rizab Melayu

Ubah Status Tanah Rizab Melayu Kepada Bukan Melayu, Bekas Exco Perak Dipanggil SPRM

Next Post
subsidi diesel

Subsidi Diesel Bersasar Akan Wujudkan Kesan Domino – Isma Aiman

Related Posts