Isu Jam LGBT Swatch: Dulu Cakap Lain, Sekarang Cakap Lain

lgbt

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menunjukkan sisi hipokrasinya dalam membicarakan isu LGBT di Malaysia dengan mengatakan rampasan terhadap jam Swatch yang memaparkan warna LGBT adalah satu tindakan yang agak keterlaluan.

Kenyataan beliau ini dapat didengari secara jelas di dalam wawancara bersama wartawan penyiaran British – Amerika Mehdi Hasan minggu lalu.

Beliau menegaskan tindakan serbuan terhadap jam tangan Swatch oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak dipersetujui oleh beliau.

Mehdi Hasan jelas terkejut dengan kenyataan itu sedangkan pada bulan yang sama KDN membuat rampasan itu iaitu pada Mei 2023 beliau jelas mempertahankan tindakan KDN dengan menegaskan mana-mana pihak perlu menghormati konsensus rakyat.

Adakah Kerajaan Menyokong Simbol LGBT Dipaparkan Secara Terbuka?

Pendapat yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam soal rampasan Pride Watch keluaran Swatch menimbulkan pertanyaan daripada orang ramai.

Adakah ini bermaksud kerajaan sebenarnya tiada masalah jam tangan yang memaparkan simbol LGBT itu dijual kepada orang ramai secara terbuka?

Kalau pun kerajaan tidak bersetuju dengan tindakan rampasan itu, apakah langkah atau alternatif lain yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengatasi isu ini?

Kerajaan terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu faham mana-mana syarikat yang ingin menjalankan operasi perniagaan di Malaysia perlu menghormati ketetapan yang telah digariskan oleh kerajaan.

Memandangkan Malaysia majoriti rakyat beragama Islam dan menjunjung Islam sebagai agama utama persekutuan Malaysia, sepatutnya segala anasir songsang tidak boleh disebarkan di Malaysia kerana ia dilihat sebagai satu tindakan yang menghina.

Pendirian ini perlu konsisten dan beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang jelas mengelirukan orang ramai termasuk pemerhati antarabangsa.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
lgbt di malaysia

Ancaman LGBT Di Malaysia Semakin Kuat & Berani

Next Post
pertikaian laut china selatan

Isu Pertikaian Laut China Selatan Wajib Dibawa Dalam Sidang Kemuncak ASEAN Di Laos

Related Posts