‘Startup’ Kecewa, Persoal Ke Mana Hala Tuju Ekonomi Negara

KL20

KUALA LUMPUR Sidang Kemuncak KL20 nyata mengecewakan dan langsung tidak menawarkan faedah kepada syarikat permulaan tempatan (startup), menurut inovator syarikat permulaan teknologi. Pengasas syarikat ‘startup‘ Vidola Titans, Vishnu Kanth menerusi media sosial Linked In berkata tiada faedah yang besar diberikan kepada syarikat permulaan di Sidang Kemuncak KL20.

KL20 sebelum ini berkata perhimpunan itu bermatlamat untuk menjadi detik penting dalam perjalanan Malaysia untuk menjadi kelompok 20 teratas syarikat permulaan global menjelang 2030.

“Saya tiba di KL20 hari ini pada 7.30 pagi untuk elak kesesakan lalu lintas dan berada di sana hingga 5 petang. Saya mendengar semua dialog, pembentangan dan perbincangan ahli panel”.

“Saya tidak nampak faedah untuk syarikat permulaan tempatan di KL20,” katanya semalam, iaitu hari bermulanya sidang itu.

Katanya, apa yang dibincangkan dalam semua pembentangan di situ adalah “berbilion pelaburan”.

“Tetapi mereka labur di mana?,” katanya.

Vishnu yang bekerja di syarikat multinasional Fortune 500 selama 23 tahun dalam bidang penyelenggaraan dan kejuruteraan, memulakan syarikat Vidola Titan dengan tujuan membantu mengubah perjalanan kerjaya TVET dan ekonomi gig dengan meminimumkan kebergantungan kepada buruh warga asing.

Katanya, sudah bertahun beliau cuba mendapatkan jawapan daripada jabatan kerajaan, tetapi masih belum dapat.

“Saya datang dengan penuh semangat dan teruja untuk dapat peluang berkongsi idea dan produk tetapi malangnya KL20 adalah untuk pelabur dan pengasas luar negara.”

Penganjuran Sidang Kemuncak KL20 dilihat seolah-olah seperti ‘wayang’ sahaja kerana manfaat dan keutamaannya terlihat lebih menyebelahi orang luar daripada rakyat sendiri.

Hal ini juga membuktikan kerajaan tidak begitu serius dan jelas untuk menaikkan potensi syarikat ‘startup‘ tempatan sedia ada sebenarnya boleh memberi kesan kepada ekonomi negara yang lebih baik.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dalam posting di platform media sosial yang sama berkata beliau memberitahu pengasas dan pelabur terbaik dalam ekonosistem syarikat permulaan pada satu majlis makan malam tertutup, Malaysia mengambil pendekatan berbeza terhadap syarikat permulaan.

“Kami sedang melakukan perubahan dasar borong, kami menawarkan insentif  dan akan mengumumkannya kepada dunia,” katanya.

Beliau menyifatkan makan malam itu sebagai “jarang berlaku” kerana ia turut dihadiri Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan empat menteri lain. 

SUMBER – The Malaysian Insight

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
STEM

Malaysia Berisiko Besar Ketinggalan Dalam STEM

Next Post
perpaduan

Gesa Baca Buku Untuk Terapkan perpaduan, Bukti Kerajaan Gagal Terapkannya Di Sekolah?

Related Posts