DAP & MCA Berkongsi Agenda Yang Sama – Azriq Rosman

dap mca

BANGI Kenyataan Nga Kor Ming dan Chong Sin Woon yang menyelar tindakan Ketua Pemuda UMNO, Akmal Salleh untuk memboikot KK Mart berhubung isu kalimah Allah yang dicetak di stokin menampakkan dengan nyata bahawa DAP dan MCA sebenarnya berkongsi agenda yang sama. DAP dan MCA dilihat mengeluarkan kenyataan yang senada dengan mengatakan isu ini tidak perlu diperbesarkan kerana membawa mesej perkauman.

Ketua Pemuda BERJASA, Azriq Rosman berkata menjadi satu kepelikan apabila mereka dilihat seakan tidak cakna dengan sensitiviti umat Islam di Malaysia. Sedangkan mereka sudah berpuluh tahun tinggal di negara ini sebagai rakyat Malaysia.

Beliau mempersoalkan adakah isu yang melibatkan sensitiviti umat Islam perlu diperlahankan dan diabaikan sedangkan isu yang mengguris perasaan kaum lain lantang pula dipertahankan termasuk oleh pemimpin-pemimpin Melayu itu sendiri.

“Nga Kor Ming ada menyebut mengenai semangat Madani yang perlu dipertahankan oleh parti komponen kerajaan maka Akmal Salleh perlu menghentikan kenyataan berhubung isu stokin ini. Adakah semangat Madani ini hanya untuk satu pihak sahaja?”.

“Apabila Prof Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong menyuarakan pendapat mengenai isu pendidikan sekolah vernakular dan perpaduan kaum, begitu pantas tindakan yang diambil oleh kerajaan Madani hingga melibatkan pihak berkuasa kononnya atas dasar melanggar 3R”, tegas beliau.

Selain itu, parti MCA yang kononnya meraikan semangat nasional juga mengeluar kenyataan yang tidak menyokong kepada tindakan memboikot KK Mart sama seperti yang disuarakan oleh DAP.

“MCA juga sama yang berlagak ingin menjadi hero kepada syarikat Cina. Dalam berpolitik mengharapkan undi orang Melayu dan apabila mendapat kuasa, mereka langsung tidak menjaga kepentingan orang Melayu”, kata beliau.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
stokin kalimah allah

Isu Stokin Kalimah Allah: Nga Kor Ming Lebih Sudu Daripada Kuah

Next Post
kalimah allah

BERJASA Seru Bangkit Pertahankan Kalimah Allah

Related Posts