Farhash Wafa Salvador merupakan ahli pimpinan PKR yang makin meningkat bukan sahaja dalam karier politiknya malahan usaha perniagaan beliau juga turut sekali meningkat. Di bawah pentadbiran kerajaan Madani, Farhash Wafa Salvador telah berjaya memposisikan dirinya lebih kurang di sepuluh buah syarikat swasta iaitu sebagai Pengerusi 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd, Pengarah Swag Technologies Sdn Bhd, Pacific Samudera Sdn Bhd, Salvador & Sons Sdn Bhd, Lembaga Penasihat Yayasan Usahawan Malaysia, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Apex Equity Holdings Sdn Bhd, Pengarah Berjaya Construction Bhd, Eksekutif Force SC Berhad dan terbaru pemegang saham majoriti Heitech Padu.
Menariknya, syarikat Heitech Padu ini disenaraikan sebagai antara tiga syarikat yang disenarai pendek untuk mendapat projek RM1 billion bagi menguruskan sistem IT milik Jabatan Imigresen. Hal ini menimbulkan pertanyaan adakah ia sebagai satu usaha terancang ataupun sekadar kebetulan sahaja.
Selain bergelar sebagai ahli pimpinan tertinggi PKR, beliau juga boleh dikenali sebagai ahli perniagaan muda yang berjaya malahan mampu membina meningkatkan karier perniagaannya dalam dunia korporat. Hal ini membuktikan ekonomi di bawah pemerintahan Dato Seri Anwar Ibrahim berada dalam keadaan yang amat baik.
Sebenarnya bukan sesuatu yang baharu untuk mana-mana ahli politik membina kekayaan melalui politik. Sebelum ini juga terdapat beberapa nama yang berjaya mempunyai pelbagai aset hasil daripada laba politik yang diperoleh tidak kira daripada mana-mana parti politik sekalipun.
Namun begitu, PKR yang lantang memposisikan diri mereka sebagai parti derita rakyat dan parti marhaen dilihat sudah mula mendidik ahlinya untuk membina kekayaan melalui politik. Maka tidak hairan jika terdapat beberapa bekas ahli pimpinan PKR melihat PKR sudah jauh dengan semangat reformasi.
Dato Seri Anwar Ibrahim seakan lupa dengan kata-kata beliau kepada ahli PKR untuk tidak mengkhianati semangat reformasi.
Mungkin ayat kalimat seperti “….. sentiasa bermuhasabah dan mengintropeksi diri bagi memastikan bibit-bibit yang ada dalam budaya politik UMNO dan Barisan Nasional (BN) seperti salah guna kuasa, rasuah, gila kuasa dan memperkayakan diri tidak wujud” boleh diseru kepada Farhash Wafa Salvador.