DAP Mula Tunjuk Taring – SUA BERJASA

Cikgu Zulkifli Yahya BERJASA

Gesaan DAP melalui konconya Dong Zong untuk melaksanakan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) di peringkat nasional dilihat sebagai satu tindakan yang sangat gelojoh.

Tambahan, desakan yang diberikan sebagai bukti mereka sanggup berbuat apa sahaja demi menjulang agenda di dada.

Selama lebih 60 tahun UEC tidak mendapat hak pengikitirafan di Malaysia kerana silibus yang bertentangan dengan sistem yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sejak kemerdekaan 1957, Kerajaan Malaysia menyeru agar semua sekolah termasuk sekolah agama dan sekolah Cina melakukan penyerahan tanah, aset dan kesemua hak terhadap harta sekolah kepada kerajaan Malaysia.

Sebagai balasan, segala pembiayaan berkaitan pembangunan dan sukatan pembelajaran akan diselia penuh oleh kerajaan.

Namun, terdapat segelintir masyarakat Cina yang menentang usaha ini kerana dilihat sebagai satu ancaman akibat penyerahan hak secara total kepada kerajaan.

Golongan ini memilih untuk bergerak sendiri dan tidak pernah terlibat dalam sebarang usaha penyatuan sistem pendidikan kerajaan.

Dong Zong yang ditubuhkan sejak 1954 telah menjadi jurucakap pendidikan kaum Cina yang disambut oleh parti politik seperti MCA, DAP & GERAKAN untuk diangkat di peringkat yang lebih tinggi.

Sistem pendidikan nasional sedia ada sudah berjaya menerapkan budaya kita tersendiri, menjulang prinsip tersendiri serta mengangkat martabat negara sebagai satu identiti masyarakat majmuk.

Mengapakah sistem pendidikan luar perlu dibenarkan masuk secara rasmi ke dalam kancah pendidikan negara? Saya yakin seribu satu alasan mampu diutarakan oleh DAP dan konconya.

Namun, harus diingat sistem pendidikan negara tidak pernah mendiskriminasi kaum jauh sekali menghalang pembelajaran bahasa ibunda kaum lain.

Bangsa Melayu telah banyak bertoleransi demi keamanan dan kemakmuran masyarakat majmuk yang dijadikan sebagai identiti nasional.

Namun, jangan sifat toleransi ini memakan diri sendiri ditambah hanya merugikan anak bangsa generasi masa hadapan.

Perpaduan yang diimpikan akan wujud sekiranya semua pihak menggunakan sistem pendidikan yang satu sebagai sebuah medium perpaduan nasional.

Zulkifli Yahya
Setiausaha Agung BERJASA

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Anwar Ibrahim BERJASA

Selamat Bekerja Dato’ Seri Haji Anwar Bin Ibrahim

Next Post
Ketua Wanita BERJASA Dr Fadilah

BERJASA Gesa Kerajaan Tolak UEC – Dr Fadilah

Related Posts