Ini Tanah Berdaulat: Orang Utara Sambut Baik Kempen ITB

Sungai Petani: Baru-baru ini Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim bersama pimpinan tertinggi parti itu baharu sahaja selesai melakukan jelajah di negeri-negeri utara pada 18 Ogos sehingga 20 Ogos 2023.

Jelajah tersebut yang dimulakan lawatannya di Alor Setar, Kepala Batas, Ipoh dan Tanjung Malim dilakukan bagi menerangkan seterusnya melancarkan kempen Ini Tanah Berdaulat sempena bulan kemerdekaan pada tahun ini kepada semua BERJASA Bahagian di seluruh negara termasuk di negeri Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Kempen Ini Tanah Berdaulat ini dianjurkan dengan tujuan untuk mengaspirasikan semangat watan yang dibawa oleh BERJASA dengan meletakkan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai identiti yang jelas tanpa adanya pengaruh asing.

Menjawab kepada persoalan ramai pihak jika kempen ini melanggar konsep 3R iaitu raja, agama dan kaum, beliau berpendapat kempen ini bukan ingin memprovokasi kerajaan dengan membawa sentimen perkauman ataupun yang berkaitan dengannya. Sedangkan beliau berpendapat garis panduan larangan menyentuh 3R juga tidak diterangkan dengan baik oleh kerajaan sehingga menimbulkan persepsi orang ramai.

“Kerajaan perlu bertegas dengan menerangkan skop 3R itu sendiri dan dimanakah ia akan dibincangkan. Jika penerangan berkenaan semua ini tidak jelas, ia akan menyebabkan kekeliruan sehingga boleh menjadi senjata politik”, tegas beliau.

Kempen Ini Tanah Berdaulat yang bermula pada hari semalam sehingga 16 September 2023 akan diisi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti forum, kayuhan beca, kaji selidik dan edaran bendera Jalur Gemilang.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kerajaan Jangan Jadi Pengecut

Next Post

BERJASA Sokong Tema Hari Kemerdekaan Yang Ditetapkan Kerajaan

Related Posts