BERJASA Sokong Tema Hari Kemerdekaan Yang Ditetapkan Kerajaan

Ipoh: BERJASA menyokong dengan tema Hari Kemerdekaan yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan namun tidak menolak dengan tindakan blok pembangkang iaitu Perikatan Nasional (PN) yang menetapkan tema mereka sendiri seperti yang ditunjukkan oleh Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari.

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif berkata, BERJASA percaya bahawa amalan demokrasi yang ditetapkan oleh Malaysia sekian lama meraikan segala perbezaan yang ada asalkan ia tidak membawa kesan yang negatif sehingga mampu merosakkan perpaduan negara.

Beliau menambah, tema Hari Kemerdekaan daripada PN yang dikenali sebagai Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera dilihat masih mengangkat identiti rasa cinta akan negara dan beliau melihat tiada masalah untuk tema tersebut diguna pakai. Namun di sisi lain juga beliau menggalakkan negeri-negeri lain untuk terus menyokong dan meraikan tema Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan yang dilancarkan oleh kerajaan persekutuan.

“Kita sebagai sebuah negara demokrasi meraikan perbezaan idea dan pendapat yang dilontarkan oleh ramai pihak. Tema umumnya yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan kita terima dan apa yang ditetapkan oleh PN juga kita sambut”.

“Namun penyampaian ke atas nama tema itu perlu diperjelaskan oleh PN secara terperinci bagi mengelakkan salah faham orang ramai. Kita khuatir orang ramai akan melihat ia sebagai satu retorik politik yang seakan-akan ingin ‘melawan’ segala dasar yang dibawa oleh kerajaan persekutuan”.

“Kami di BERJASA juga membawa temaHari Kemerdekaan yang tersendiri iaitu Ini Tanah Berdaulat kerana kita melihat tema ini sememangnya bersesuaian dengan identiti negara yang sepenuhnya berdaulat dan merdeka”, tegas beliau.

Beliau menambah, BERJASA tiada masalah untuk menyambut tema Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan namun tetap dengan penetapan tema ataupun kempen Ini Tanah Berdaulat.

Terdahulu, empat negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza untuk sambutan peringkat negeri, berbanding menggunakan logo dan tema yang diumumkan di peringkat Persekutuan.

BERJASA pula melancarkan inisiatif sendiri dengan mengadakan kempen Ini Tanah Berdaulat sempena bulan kemerdekaan ini dan kempen ini disambut bermula 20 Ogos sehingga 16 September 2023 iaitu Hari Malaysia kelak.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ini Tanah Berdaulat: Orang Utara Sambut Baik Kempen ITB

Next Post
Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan

Wujud ‘Data Breach’ Dalam isu Skim Insan Selangor

Related Posts