Kilang Padi Melayu Berisiko Lenyap?

padi

BANGI – Wujud spekulasi yang mengatakan kilang padi milik orang Melayu berisiko untuk pupus dan ditutup. Hal ini disebabkan oleh pengilang Bumiputera hanya mewakili 14 peratus daripada pasaran pengilang padi tempatan setakat 2017. . Manakala, Bernas bersama syarikat usaha sama (JV) menguasai 48 peratus, diikuti pengilang swasta yang memegang 38 peratus menurut Institut Penyelidikan Khazanah.

Di dalam laporan yang diterbitkan oleh FOKUS, ia mendedahkan hanya 11 kilang Melayu yang masih hidup di dalam pasaran. Hal ini terjadi kerana penguasaan modal oleh pengilang besar dan tiada kawalan kapasiti pembelian padi oleh kerajaan. Dalam sumber Utusan Malaysia pula mengatakan bahawa pengilang besar dikatakan mampu membeli padi dalam kapasiti yang lebih besar dengan harga satu tan metrik yang jauh melangkaui harga siling.

Dalam pada itu juga, Pengerusi Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia (PPBMM), Mohamad Termizi Yop mendakwa krisis ini berlaku sejak lima tahun lepas lagi apabila terdapat penurunan mendadak pengilang beras Bumiputera daripada 300 kepada 60 sahaja di seluruh Malaysia. Lebih terperinci lagi, pengilang Bumiputera di Kedah dilaporkan hanya tinggal dua sahaja sementara kebanyakan daripada mereka yang terpaksa gulung tikar akibat monopoli pengilang besar

Hal ini seterusnya menimbulkan kegusaran umum bahawa pengilang beras Melayu selepas pada masa hadapan mungkin tidak akan mampu lagi untuk bertahan lama di dalam industri beras seterusnya ‘melupuskan’ mereka terus daripada industri ini.

Kini isu kekurangan bekalan beras terus diperkatakan namun kerajaan masih lagi tidak mengedepankan solusi yang kukuh untuk menyelesaikan masalah ini.

Sebelum ini juga Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dikritik kerana seolah-olah ‘membiarkan’ isu harga beras terus dimanipulasi oleh ‘kartel beras’ yang mahu mengaut keuntungan berlebihan.

Kini isu kekurangan bekalan beras terus diperkatakan, pernah juga dicadangkan oleh pelbagai pihak untuk menetapkan had kuota pembelian padi namun kerajaan masih lagi tidak mengedepankan solusi-solusi yang kukuh untuk menyelesaikan masalah ini.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
durian raub pahang

Isu Durian Raub Pahang: Jelas, Anda Penceroboh!

Next Post
perpaduan kaum

Idea Fahmi Fadzil Bukan Penyelesai Masalah Perpaduan Kaum

Related Posts