Bangi – Susulan perarakan di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka yang dianjurkan oleh aktivis LGBTQ pada pagi semalam, ia mendapat respon balas yang tegas daripasa Penolong Setiausaha Agung BERJASA, Puan Hajjah Kaslawati Kassim.
Beliau berpendapat tindakan tegas perlu dikenakan kepada penganjur dan mereka yang terlibat di dalam aktivis hak asasi (NGO), ahli politik, mahasiswa dan individu yang terlibat dalam perarakan haram tersebut.
Perarakan tersebut jelas perlu ditegah kerana adanya unsur slogan yang menyokong kepada doktrinisasi ideologi LGBTQ kepada masyarakat umum.
Antara slogan yang jelas dapat dilihat ialah “Imagine If Men Are As Disgusted With Rape As With Periods, Child Not Pride,Trans Women Are Woman, Police Your Behaviour Not My Body” yang jelas terpampang pada plakad di dalam perhimpunan tersebut.
Selaras dengan penetapan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan di Malaysia, sewajarnya ideologi songsang dan menyesatkan ini perlu ditegah dan dihalang daripada terus merebak untuk disebarkan kepada orang ramai.
“LGBTQ tidak membawa apa-apa kebaikan langsung kepada masyarakat. Ia hanya dipandu oleh nafsu dan keseronokan yang serakah pada individu-individu yang ingin terjebak dengannya”.
“Jelas ideologi LGBTQ ini hanya mendatangkan penyakit seperti HIV dan AIDS terutamanya kepada pelaku seks sejenis. Malahan ia tidak menyokong kepada pembentukan keluarga yang alami dan sihat”.
Beliau berharap agar pihak berkuasa bertindak tegas dan memantau aktiviti golongan itu bagi memastikan kejadian sama tidak berulang lagi bagi menghormati masyarakat Islam di negara ini.
Terdahulu, tular di media sosial Twitter dengan tanda pagar #WomenMarchMY yang menunjukkan beberapa foto aktivis perarakan yang mengangkat bendera LGBTQ di Kompleks Sogo.
Perarakan tersebut didapati telah diadakan pada pagi semalam yang kononnya bertujuan untuk mengangkat hak golongan LGBTQ dengan menumpang sentimen hak wanita.