Isu Stoking Kalimah Allah: Pengasas & Pengerusi KK Mart Terlepas Hukuman

isu stoking kalimah Allah KK Mart

SHAH ALAM – Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan dan isteri, Datin Seri Loh Siew Mui didapati tidak bersalah dan dibebaskan daripada pertuduhan berkaitan dengan penjualan stoking kalimah Allah.

Mahkamah Sesyen Shah Alam telah menilai semua fakta kes dan memutuskan bahawa pengasas dan pengerusi KK Mart dibebaskan (DNA) – menurut sumber Berita Harian.

Selain daripada Chai Kee dan Loh Siew Mui, tiga pengarah syarikat yang membekalkan stoking berkenaan, Xin Jian Chang Sdn Bhd juga mendapat perintah DNA, selepas pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan pertuduhan ke atas kesemua 5 individu tersebut.

Sebelum ini terdapat dua syarikat dan 5 individu meminta Jabatan Peguam Negara untuk menggugurkan kes berkenaan pada 17 Mei.

Ianya telah menimbulkan kemarahan ramai pihak. Kerana mereka menganggap kesilapan itu terlalu sukar untuk diterima.

Pihak KK Mart konsisten menafikan bahawa mereka sengaja menjual stoking tersebut dan menyatakan bahawa ianya adalah isu yang terlepas pandang.

KK Mart turut membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia pada masa itu.

Pada 26 Mac lalu, Chai dan Loh yang juga Pengarah KK Super Mart & Superstore mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan ke atas mereka.

Ini selepas mereka dianggap sengaja melukakan perasaan orang Islam setelah ada pihak yang terjumpa stoking dengan kalimah Allah di dalam kedai KK Mart.

Syarikat pembekal yang mengedar barangan kepada KK Super Mart iaitu Xin Jian Chang Sdn Bhd. 3 Pengarahnya telah dituduh bersubahat melukakan perasaan orang Islam.

Sebelum ini, BERJASA berdiri teguh bersama Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh dan Menteri Agama, Dato’ Setia Dr. Haji. Mohd Na’im Mokhtar di atas pendirian mereka yang menegaskan penghinaan terhadap kalimah Allah ini merupakan satu isu yang serius, merosakkan keharmonian kaum dan tindakan tegas perlu diambil.

SUMBER – Vocket

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
rafizi ramli badan peguam malaysia

Rafizi Ramli Diselar Badan Peguam Malaysia

Next Post
sekolah kebangsaan

Kemasukan Murid Bukan Bumiputera Ke Sekolah Kebangsaan Menurun, Sekolah Vernakular Terus Diperkasakan

Related Posts