Howard Lee Sudah Lampaui Batas, Manipulasi Agama Islam

Shah Alam – Kenyataan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee yang memetik ayat 9 Surah An-Nisa’ daripada Al-Quran bagi menyerang Presiden PAS melalui video Tik Tok di akaun miliknya dilihat sebagai melampaui batas dan satu cubaan untuk memanipulasi agama Islam. Beliau memetik ayat Al-Quran tersebut tanpa memahami dengan lebih jelas tafsiran daripada ayat Surah An-Nisa’ tersebut.

Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan menegaskan bahawa DAP sudah mula ingin bermain politik di tahap yang baharu apabila menggunakan ayat suci Al-Quran dengan tujuan menyerang lawan politik mereka. Jika selama ini mereka mempersenda parti PAS yang sering menggunakan hujah agama ketika berpolitik, kini DAP terpaksa menjilat kembali ludah mereka apabila melakukan perkara yang sama.

Tambah beliau, kenyataan Howard Lee merupakan satu tindakan pemanipulasian agama secara terang-terangan dengan mengatakan pihak pembangkang adalah golongan Khawarij kerana menghina institusi negara dan pemimpin sedangkan konteks ayat Surah An-Nisa’ itu tidak tepat untuk merujuk kepada isu ini.

“Howard Lee sepatutnya jujur dengan diri beliau apabila memetik ayat Surah An-Nisa’ itu kerana beliau hanya mengambil hanya satu ayat sahaja iaitu ayat 9 di dalam surah itu sedangkan jika diambil ayat yang sebelumnya iaitu ayat 58, ia membawa maksud “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat”.

“Ini bermaksud ketaatan hanya diberikan kepada pemimpin yg adil dan amanah perlu diberikan kepada ahlinya, jika tidak akan berlaku penyelewengan dan kezaliman. Begitu juga ayat yang ke-60 dengan jelas bahwa Allah sedar akan tindakan orang kafir yg sepatutnya diperintahkan utuk ingkar kepada thaghut, untuk tunduk beriman dan jangan terus terperangkap dalam kesesatan syaitan dalam menipu manusia”.

“Al-Quran adalah rujukan orang beriman dan diturunkan secara holistik menyeluruh dalam memberikan panduan kepada manusia maka ia tidak boleh diambil sekerat dan tinggalkan yang lain”, tegas beliau.

Beliau juga mengharapkan agar Menteri Komunikasi dan Digital bersama Menteri Agama mengambil tindakan terhadap Howard Lee yang jelas cuba bermain isu 3R kerana mencabul sensitiviti agama Islam dengan memanipulasi ayat Al-Quran secara jelas.

Terdahulu, tular di media sosial Tik Tok mengenai satu video daripada Howard Lee yang menggunakan ayat ke-9 Surah An-Nisa’ bagi menyerang Presiden PAS, Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang susulan kenyataannya yang mengatakan politik Malaysia kini hasil tinggalan penjajah Barat.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Menteri Ekonomi, Cukuplah Salahkan Rakyat

Next Post
Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Lukman Hakim

Hari Hitam Parlimen Malaysia

Related Posts