Harga Sayur Naik: Apa Tindakan Menteri Pertanian?

harga sayur naik

KAPAR – Pengerusi Persekutuan Penanam Sayur Sayuran Malaysia, Lim Ser Kwee menjangkakan pengeluaran hasil sayuran negara dijangka terjejas sehingga 40 peratus bulan depan berikutan pengumuman kerajaan baru-baru ini untuk membatalkan kuota pekerja asing yang tidak digunakan sebelum 31 Mac ini. Persatuan Pekebun Melayu Cameron Highlands pula berkata harga sayur naik sebanyak 25 peratus mulai bulan depan dan menjangkakan bekalan lebih buruk pada bulan Mei dan boleh berlarutan hingga ke Julai.

Kenaikan harga sayur ini pasti akan menambahkan beban kepada pengguna akhir iaitu pembeli di pasar raya ditambah pula sudah terdapat laporan harga sayur telah naik sebanyak RM5 di bulan Ramadan ini. Sayur merupakan komponen penting dalam masakan maka harga sayur yang naik ini akan meruncingkan lagi masalah peningkatan harga barangan.

Pengerusi Majlis Tindakan Keterjaminan Makanan BERJASA, Fahmi Bazlan ketika dihubungi berkata isu yang berlaku ini punca pokoknya disebabkan oleh kekurangan bekalan tenaga buruh yang dibawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia. Namun demikian, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sepatutunya mengambil perhatian juga dalam isu ini.

Beliau berpendapat isu utamanya bukanlah berpuncaa daripada kekurangan bekalan sayur itu sendiri namun datangnya daripada masalah bekalan tenaga kerja yang tidak cukup. Sepatutnya Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu sudah mula bersuara bagi menyelesaikan isu ini.

“Saya lihat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan perlu mula mengambil langkah dengan mengeluarkan masyarakat Malaysia daripada doktrinisasi bahawa sektor pertanian ialah 3D (sukar, bahaya dan kotor) bahkan sektor ini adalah sektor terpenting untuk keterjaminan bekalan makanan negara kita“.

“Sektor ini sebenarnya dahulu banyak dipelopori oleh rakyat tempatan namun kini begitu ramai warga asing yang mula menceburi bidang ini hingga menjadi ‘tauke’ ladang pertanian. Bentangkan cadangan untuk menarik kembali rakyat tempatan minat dengan industri pertanian kerana industri ini dapat membawa banyak pulangan yang besar jika dijaga dengan betul”, ujar beliau.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
stor

Stor Jadi Tempat Makan, Begitu Dangkal Pemikiran Menteri

Next Post
kantin sekolah

Sibuk Dengan Kantin Sekolah, Isu Kelas Sesak Dilupakan

Related Posts