Stor Jadi Tempat Makan, Begitu Dangkal Pemikiran Menteri

stor

SHAH ALAM – Kenyataan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang mengatakan sebab untuk membuka kantin sekolah adalah kerana tidak mahu pelajar bukan Islam makan di stor sekolah adalah sesuatu yang melucukan. Beliau sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang berasaskan data dan fakta bukannya terus menimbulkan polemik seakan menunjukkan sebelum ini stor menjadi tempat mereka makan ketika bulan puasa.

Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al-Hakim ingin mempersoalkan YB Fadhlina Sidek berapa ramai pelajar bukan Islam yang terpaksa makan di stor sekolah di merata-rata tempat pada tahun 2022 dan 2023 disebabkan kantin ditutups sepanjang Ramadan. Adakah KPM pernah mengkaji statistik bilangan pelajar bukan Islam di sekolah kebangsaan seluruh negara dan demografi yang makan di kantin setiap hari sebelum mengeluarkan arahan?

“Pernahkah KPM membuat bancian pelajar yang memerlukan perkhidmatan kantin sepanjang Ramadan sebelum mengarahkan semua kantin dibuka? Bagaimana pula dengan kira-kira untung rugi para pengusaha kantin? Sepatutnya semua ini dipertimbangkan terlebih dahulu”.

“Ternyata arahan yang dikeluarkan oleh YB Fadhlina Sidek adalah atas kepentingan peribadi tanpa data yang kukuh daripada KPM. Saya rasa lebih baik beliau meminta maaf dan lepaskan sahaja jawatan beliau sebagai Menteri Pendidikan”, tegas beliau.

Beliau juga berkata arahan yang dikeluarkan itu adalah silap, dangkal dan amat memalukan serta menunjukkan taraf pemikiran beliau sebagai seorang menteri mee segera. Selain itu, beliau mempersoalkan sama ada masa depan pendidikan generasi anak-anak sekarang atau akan datang selamat di tangan Menteri Pendidikan sekarang.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
YB Fadhlina

YB Fadhlina Hanya Pedulikan Desakan Pihak Bukan Islam?

Next Post
harga sayur naik

Harga Sayur Naik: Apa Tindakan Menteri Pertanian?

Related Posts