Fahmi Bazlan Dilantik sebagai pengerusi majlis tindakan keterjaminan makanan bERJASA

LENGGENG – Mantan Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan secara rasminya telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Keterjaminan Makanan BERJASA yang memfokuskan kepada soal keselamatan bekalan makanan negara. Ini juga berkait rapat dengan projek kemandirian orang Melayu yang sedang diusahakan oleh Pemuda BERJASA.

Dalam sidang media semalam, beliau berkata bahawa isu keselamatan dan keterjaminan bekalan makanan ini hanya berlegar dalam kalangan orang politik namun tiada tindakan yang diambil secara serius oleh mereka. Ahli-ahli politik ini terutamanya dalam kerajaan hanya mementingkan survival politik mereka sahaja bukannya dalam soal kebajikan rakyat.

Tambah beliau lagi, taikun-taikun yang mengawal pasaran makanan di negara kita dilindungi dengan baik oleh ahli politik menyebabkan isu keterjaminan bekalan makanan ini tidak pernah selesai. Maka dengan itu BERJASA telah menubuhkan satu pasukan khas untuk memfokuskan isu ini secara mendalam dan ingin membantu rakyat untuk keluar daripada kehimpitan ekonomi ini.

“BERJASA merasa terpanggil untuk menggepalai perjuangan ini. Kita dapat lihat sudah ramai anak muda yang menjadi usahawan tani yang berjaya namun masih tidak cukup untuk memberikan impak kepada penyelesaian isu ini. Kami melihat perkara ini dengan serius dan mereka boleh dikumpulkan di bawah inisiatif ini untuk digerakkan secara tersusun”.

“Kami mahu mereka ini dapat membantu daripada proses awal hingga akhir untuk menghasilan ‘end product‘ seterusnya dapat dipasarkan secara komersial dalam kuantiti yang besar. Di peringkat awal kita akan lakukan dalam kapasiti komuniti dan kemudian kita akan usahakan untuk dibuat dalam skala yang besar-besaran”, jelas beliau.

Beliau juga mengingatkan bahawa kapitalis akan cuba bermain dengan pelbagai cara dalam menguasai ekonomi secara meluas. Beliau mengharapkan pertemuan di antara pemuda BERJASA dapat diteruskan lagi untuk masa akan datang dalam membincangkan secara lebih serius dalam perlaksanaan projek laman komuniti ini.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pemuda BERJASA perjuangkan kemandirian melayu

Next Post

Sidang aNGKASA Kumpulkan Pimpinan Pemuda BERJASA Seluruh Malaysia

Related Posts