KAPAR – Dunia disaran supaya merujuk dan mendapatkan pengiktirafan dari pihak Hamas mengenai sebarang usaha kearah gencatan senjata.
Pengiktirafan, rujukan dan persetujuan Hamas penting kerena merekalah yang memimpin perjuangan dan pembebasan Palestin.
Demikian menurut Naib Yang Di-Pertua Berjasa Kapar, Ustaz Pathan Hussin yang menegaskan bahawa gencatan senjata adalah kredibiliti Hamas, bukannya pihak lain.
“Kita tidak boleh membiarkan Israel atau mana-mana pihak yang menyebelahi mereka mengetuai gencatan senjata kerana mereka adalah pihak yang sering melanggar perjanjian,” ujarnya.
“Sejarah membuktikan, Israel telah melanggar banyak perjanjian termasuklah yang dipersetujui oleh PBB dan badan dunia lain,” tambahnya.
Beliau berkata dengan pengkhianatan demi pengkhianatan yang dilakukan Israel, maka seharusnya Hamas yang menjadi rujukan terhadap semua perkara termasuklah syarat-syarat dan peraturan-peraturan dalam gencatan senjata itu.