Fokus Kepada Isu Rakyat, Hentikan Kemelut Politik

Melaka – Pengumuman perletakan jawatan Ketua Menteri Melaka ke-12 sekali lagi buat kali keduanya menambah lagi rencah dalam kancah politik di bumi Hang Tuah ini.

Isu ini tidak boleh dipandang enteng kerana pergolakan politik antara pemimpin di atas akhirnya menyebabkan rakyat di bawah yang terjejas.

Mandat yang diberikan oleh rakyat perlu ditunaikan. Rakyat mahukan pemimpin yang mendahulukan rakyat, bukan yang hanya jaga poket sendiri dan kepentingan parti semata-mata.

Bagaimana negara nak mencapai kestabilan, jika pergolakan dalam kalangan pemimpin masih lagi tak selesai?

Pemudi BERJASA Melaka menyeru para pemimpin yang telah dilantik, buatlah kerja! Jangan hanya bermain politik kotor sehingga mengabaikan amanah dan tanggungjawab.

Buat rakyat Melaka khususnya, Pemudi BERJASA Melaka ingin mengajak supaya dapat kita sama-sama cakna dan juga perlu lebih bijak dalam memilih kepimpinan pada masa akan datang.

Salah pilih pemimpin, kesannya terasa kepada rakyat itu sendiri. Kita tidak mahu negara masih berada di tampuk yang sama, kerana pemimpin yang masih membawa agenda politik yang sama.

Masa depan negara, berada di tangan kita.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Lukman Hakim

Pusat Pemprosesan Visa Pelancong China: Idea Yang Tidak wajar & Jejaskan Kedaulatan Negara

Next Post
Pemuda BERJASA, Isma Aiman

Adakah Pelaburan China-Malaysia telus Dalam Perinciannya?

Related Posts