Adakah Pelaburan China-Malaysia telus Dalam Perinciannya?

Pemuda BERJASA, Isma Aiman

Puchong – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan rasminya ke China telah meraih komitmen pelaburan yang tinggi dalam sejarah berjumlah RM170 billion daripada pelabur China.

Ia kedengaran seakan berita yang baik untuk Malaysia memandangkan China juga menegaskan bahawa Malaysia sentiasa akan menjadi rakan dagangan terbesar China.

Pemuda BERJASA, Isma Aiman berkata nilai RM170 billion sememangnya nilai yang besar dan membawa kebaikan kepada ekonomi negara kita.

Ironinya, sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi ketua pembangkang, beliau secara konsistennya mengeluarkan kenyataan untuk Malaysia agar tidak terlalu bergantung kepada limpahan ekonomi daripada China atas dasar kedaulatan negara bakal tergadai.

Hari ini, beliau pula yang menyatakan komitmen untuk merapatkan hubungan dengan China dan segala perincian pelaburan itu tidak jauh beza sekali pun dengan apa yang kerajaan terdahulu lakukan.

Apabila menyebut berkenaan perincian di dalam pelaburan itu, rakyat semestinya ingin mengetahui apakah timbal balik yang bakal diperoleh Malaysia memandangkan Malaysia merupakan tuan rumah dalam pelaburan.

“Kita sedar yang rakan pelabur daripada China seperti Risen Energy, Huawei, Longi Solar, Bytedance, Jinko Solar, EVE Energy, Alliance Steel, Alibaba Group, Geely Auto Group, Xiamen University menyatakan komitmen yang tinggi untuk melabur di Malaysia”.

“Namun kita juga berhak tahu adakah ia akan membawa keuntungan dari segi timbal balik kepada kita”.

“Contohnya, jika pelaburan daripada China itu melibatkan pemprosesan air di Malaysia, adakah ada jaminan untuk China tidak mencemarkan sungai negara kita?, tegas beliau.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu dengan merujuk kepada situasi yang berlaku di India yang mana berlakunya necrocapitalism.

Ia bermula apabila Coca Cola menggunakan sumber air daripada India bagi mengeluarkan satu botol air Coca Cola yang memerlukan 3 liter air untuk setiap botol air itu.

“Baru-baru ini juga Perdana Menteri UK, Rishi Sunak di dalam ciapan Twitternya menulis bahawa UK dikenakan kosong untuk tarif untuk mengeksport minuman wiski dan kereta”.

“Bagi saya ini adalah satu kerugian kepada Malaysia kerana adakah wiski dan kereta daripada UK ini akan membawa manfaat kepada ekonomi kita? Apatah lagi kereta yang dibawa masuk akan memberikan persaingan kepada kereta kita”, jelas beliau.

Justeru, beliau mengharapkan agar perjanjian pelaburan antara Malaysia dengan China bukan sahaja dapat mendatangkan pulangan yang lumayan dari segi wang malahan pulangan yang berbaloi untuk kesejahteraan negara kita dari sudut alam sekitar, tenaga kerja dan perundangan.

Terdahulu, Malaysia berjaya memperoleh pelaburan sebanyak RM170 billion daripada rakan-rakan pelabur daripada China.

Ia hasil daripada 19 memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara syarikat Malaysia dengan China.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Fokus Kepada Isu Rakyat, Hentikan Kemelut Politik

Next Post
Ketua Wanita BERJASA Bahagian Kuantan, Dr Rashidah

KKM Lakukan Kesilapan Besar ‘Halalkan’ Nikotin

Related Posts