Wajar Henti Naratif Pro-Israel, Mansuh Segera Normalisasi

KAPAR – Kewajaran untuk berhenti mengangkat naratif pro-Israel, termasuk cuba menormalisasikan negara haram itu menerusi solusi ‘merepek’ berkaitan ‘two state solution’ dan garis sempadan haram 1967 amat ditekankan.

Pendirian Kerajaan yang turut tidak terkecuali memuji usaha Arab Saudi kononnya menganjurkan keamanan dan mengangkat idea solusi Israel meskipun tidak diiktiraf dunia.

Demikian menurut Setiausaha Jawatankuasa Negeri BERJASA Selangor, Abdul Aziz Badu yang menjelaskan Arab Saudi bersama tiga lagi negara lain iaitu Maghribi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain disifatkan hanya beretorik berjuang bersama Palestin, apabila menentang lima usul mesyuarat tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bersama Liga Arab.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif semalam yang menyatakan mesyuarat tergempar negara ahli OIC bersama Liga Arab, tidak lebih sekadar berbincang kosong tanpa sebarang penyelesaian.

“Negara-negara tersebut juga terlibat dengan proses normalisasi Israel melalui ‘deal of century’. Kesannya hari ini, mereka tidak lebih sekadar menjadi boneka Israel tajaan Amerika Syarikat (AS),” katanya.

“Tindakan lebih tegas dan agresif perlu dilaksanakan Malaysia, melobi negara-negara umat Islam untuk tindakan yang lebih efektif dalam memberi tekanan kepada Israel dan AS serta negara sekutu,” katanya lagi.

Terdahulu, pemimpin Islam dan Liga Arab mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan di Gaza, tetapi enggan mengenakan sekatan ekonomi dan politik terhadap Israel yang berterusan mengebom penduduk Gaza.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tentera Israel Laknatullah Guna Perisai Manusia Berdepan Hamas

Next Post

Kerajaan Perlu Ketuai Langkah Iktiraf Hamas Sebagai Kerajaan Rasmi di Palestin

Related Posts