Tafsir Undang-Undang Ikut Kehendak Negara – Presiden BERJASA

Presiden BERJASA Zamani Ibrahim

Bangi – Presiden Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Hj Zamani Ibrahim menegaskan bahawa penafsiran undang-undang mestilah selaras dengan kehendak negara, yang mana Perlembagaan jelas menyatakan bahawa Islam adalah Agama Persekutuan.

“Kita mesti mentafsirkan undang-undang itu berdasarkan kepada kehendak negara kita yang meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan.”

Hj Zamani menyatakan konteks sebenar undang-undang negara perlu difahami dengan baik kerana menurut beliau, “Kitalah yang mentafsirkan mengikut ruang lingkup kehendak yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.”

Tambah beliau, itulah yang menjadi tiang seri kepada keharmonian dan perpaduan nasional yang perlu dibawa dalam negara.

Ini kerana menurut beliau lagi, “Kita tidak mahu di sana mengambil budaya luar untuk kita mentafsirkan undang-undang negara kita.”

Ustaz Zamani juga menyatakan bertitik-tolak daripada hal ini, kesatuan dan perpaduan yang harmoni antara NGO-NGO ini perlu dibesarkan saiznya dan dihebatkan lagi supaya dapat menjadi satu tonggak yang boleh menjadi penentu kepada membetulkan sistem negara.

Beliau turut menzahirkan rasa bangga dengan perpaduan dan kesatuan semua NGO yang hadir di Himpunan Solidariti Pertahan Akidah 3 Mualaf yang digerakkan oleh PEMBELA di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

“Satu penghargaan kepada semua NGO-NGO yang menunjukkan perpaduan, kesatuan dalam memastikan hidup sejahtera di negara kita yang penuh dengan undang-undang dan peraturan.”

Sumber – Samudera

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Siti Umi Kalsom BERJASA

Bimbang Akidah 3 Remaja ‘Hanyut’, Parti Politik Dan NGO Perlu Bersuara: Wanita BERJASA

Next Post
Hazwan Mohamad BERJASA

Politik Tidak ‘Kotor’ Tetapi Sebahagian Kesyumulan Agama – Hazwan Mohamad

Related Posts